(Gambar)Kereta Jimmy Shanley Ditemui Terbakar

Selepas beberapa jam dilaporkan hilang, kereta milik pengacara popular, Jimmy Shanley telah ditemui dibakar hingga rentung dalam satu kejadian di Simpang Pulai petang semalam.

 

Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, kereta model Chevrolet Optra itu didakwa dilarikan penjenayah malam kelmarin, ketika bekas pengacara AF8 itu pulang ke Ipoh untuk menghadiri majlis pengebumian seorang saudara terdekatnya.

Menurut laporan pihak polis, penemuan kereta hanya disedari orang ramai sekitar jam 7.30 pagi semalam apabila kenderaan itu ditemui terbakar berhampiran sebuah lading kelapa sawit. Orang awam yang mengesyaki ia ada kaitan dengan perbuatan jenayah lalu segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar untuk memaklumkan kejadian itu.

Anggota peronda yang menerima laporan tersebut bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati kereta model Chevrolet berwarna hitam hangus dibakar. Polis kemudiannya menjalankan siasatan terhadap nombor casis pada kereta dibakar itu bagi mengenal pasti pemiliknya dan melakukan semakan susulan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum mengenal pasti kenderaan itu milik seorang selebriti tanah air, Jimmy Shanley.

Jimmy sebelum ini telah pun membuat laporan polis mengenai kehilangan keretanya di Balai Polis Simpang Pulai.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, pihak polis setakatini tidak menemui sebarang objek yang digunakan suspek untuk membakar kereta itu. Malah, tiada satu pun barang milik mangsa di dalam kenderaan itu yang terselamat.

“Kes itu kini diambil alih pihak polis Ipoh untuk siasatan lanjut dan Jimmy dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan. Bagaimanapun, saya anggap kes ini pelik kerana kereta itu dibakar selepas dicuri,” katanya.

Beliau berkata, anggota Unit Polis Forensik turut dipanggil ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan dan mengesan sekiranya terdapat mangsa di kawasan berhampiran.

“Bagaimanapun, tiada mangsa ditemui dan kereta itu baru saja dibakar beberapa jam sebelum ditemui. Polis menyiasat sebarang kemungkinan dan kaitan perbuatan jenayah itu dengan unsur khianat atau sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Jimmy yang dihubungi wartawan enggan memberikan sebarang ulasan berhubung kejadian itu berikutan masih dalam pihak polis.

sumber :Harian Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold