Kenapa Syamsul Yusof dan Sharifah Amani Berperang Di Twitter?

Sharifah Amani pelakon dan juga anak kepada Fatimah Abu Bakar meluahkan rasa tidak puas hati di  twitter mengenai pihak yang dilihat memberikan layanan pilih kasih dan lebih memihak pada KL Gangster2. Filem Amani diberi klasifikasi pG18 sedangkan KL gangster 2 diberi PG13. Persoal Amani, filem KL Gangster2 juga ganas ada pergaduhan, darah, aksi rogol dan kata kata mencarut tetapi kenapa diberi PG 13?

Syamsul Yusof  sejak berdiam diri kerana isu cetak rompak filemnya kembali bersuara membalas kenyataan Amani yang disifatkan agak biadap kerana menggunakan kata kata yang kasar.

Amani membalas kembali kepada Syamsul , dia tidak berniat merendahkan kerja Syamsul dan adiknya, tetapi dia hanya tidak puas hati dengan pihak lain yang memberikan layanan tak adil kepada filem lakonannya.

 

Mungkin filem Psiko Pencuri Hati agaknya yang dimaksudkan Amani ditayangkan pada 5 September lalu. Dalam filem itu Amani berlakon bersama Bront Palarae.

Lihat twitter Amani dan juga Syamsul Yusof

 

Kenyataan balas Syamsul yang mengaitkan nama ibunya juga tidak disenangi artis kecil molek itu.

 

 

Syamsul marah Amani guna kata kasar..agaknya Amani pun terjangkit dengan skrip dalam filem KL Gangster2 yang banyak guna lu gua lu gua  :) . Ada setengah orang siap bawa anak pergi tengok KL Gangster2 di pawagam..kalau anak anak guna bahasa lu gua lu gua nanti jangan salahkan orang lain pulak.

Poster Psiko Pencuri Hati

Poster KL Gangster2 menunjukkan klasifikasi 18 tetapi selepas kes bocor di internet klasifikasi bertukar ke Parental Guidance -PG13.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Kenapa Syamsul Yusof dan Sharifah Amani Berperang Di Twitter?”

  1. akubiomed says:

    Memang tidak kena guna ayat-ayat tersebut. Kalau yang memahami tak apa kalau yang tak panas jadinya.
    akubiomed recently posted..Monster High dan Universiti Limkokwing Universiti tunjukkan pendirian anti buli dengan cara kreatif

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold