Gambar Perkahwinan Diana Amir dan Habib

Semalam berlangsung majlis perkahwinan Diana Amir, 27 dan pasangannya Mohd Habib Bullah A Rahman, 26, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Dengan sekali lafaz, Diana Amir sah menjadi isteri kepada Habib, yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok.

Pasangan ini dinikahkan Imam Besar Masjid, Hazaruddin Baharuddin. Pengantin perempuan manis mengenakan busana merah jambu dan putih manakala Habib pula tampan dengan baju Melayu putih tajaan khas pereka terkenal, Ezuwan Ismail. Tanpa wang dan dulang hantaran, Diana menerima senaskhah al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1,000.

Berbeza dengan adat perkahwinan Melayu lain, pasangan ini tidak bertukar dulang hantaran. Sebaliknya, Diana hanya menerima senaskhah Al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin.

Menurut Diana , mereka tidak bertukar dulang hantaran kerana tidak mahu menunjuk-nunjuk barangan berjenama selain menunaikan tuntutan Islam yang menyarankan untuk memudahkan pernikahan.

Gambar majlis nikah Diana Amir dan Habib

Diana dan Habib sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga Diana.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin, rakan artis dan wakil media.

Turut kelihatan adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth International Group (MIG), David Teo dan beberapa rakan artis seperti Irma Hasmie, Heliza, Adam Corrie, Anita Baharom dan Yatt Hamzah.

Satu majlis doa selamat, khatam Al-Quran dan berinai telah berlangsung secara tertutup di Wisma Metrowealth pada Khamis lalu yang dihadiri ahli keluarga terdekat dan sahabat andai.

 

“Alhamdulillah majlis berlangsung seperti dirancang dalam suasana cukup sederhana dan seperti pasangan lain kami berharap perkahwinan ini akan dilimpahi berkat dan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Diana dan suaminya belum menetapkan lokasi bulan madu dan tarikh majlis resepsi mereka ekoran kesibukan jadual kerja masing-masing. Namun, mereka berdua berharap dapat mengadakan majlis resepsi dalam tahun ini juga.

Majlis akad nikah

Habib dan Diana Amir

David Teo memberikan hadiah untuk pengantin

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold