Gambar Fizo Omar Melamar Mawar Dalam Pawagam

Fizo Omar membuat kejutan dengan malamar bakal isterinya Mawar di dalam pawagam. Kurang dua minggu lagi Fizo Omar dan Mawar Abd Karim akan melangsungkan perkahwinan. Fizo Omar melamar Mawar di panggung Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Gambar Fizo Omar dan bakal isteri, Mawar

Komen Mawar

“Ia di luar jangkaan saya dan saya agak terkejut apabila dilamar. Pada mulanya saya rasa tak logik apabila tiba-tiba mesyuarat dibatalkan dan bila tengok video yang dipaparkan saya dah mula rasa pelik. Saya berdebar kerana ini kali pertama saya dilamar,” ujar Mawar yang merupakan anak sulung kepada pengasas Tudung Fareeda ini.

Pada mulanya Fizo Omar memberitahu Mawar ada mesyuarat dan apabila sampai, Fizo pura-pura cakap mesyuarat dibatalkan. Kemudian dia ajak Mawar tengok wayang dan terus melamar Mawar selepas itu.

Momen bersejarah yang turut disaksikan oleh ahli keluarga, rakan-rakan serta pihak media ini menyaksikan penayangan klip video berdurasi 3 minit 20 saat yang menunjukkan perjalanan Fizo sebelum melamar Mawar sebagai isterinya. Klip video tersebut bersambung apabila Fizo muncul dengan membawa jambangan bunga serta cincin lalu melamar kekasihnya itu.

SAKSIKAN VIDEO FIZO LAMAR MAWAR

“Video ini mengisahkan tentang perjalanan saya serta Mawar dan kenapa saya memilih panggung wayang adalah kerana saya seorang anak seni dan di sini tempat saya bekerja. Idea untuk menghasilkan video ini tercetus daripada saya sendiri. Kami menjalani penggambaran tiga hari lepas dan video ini diarah oleh saya sendiri,” cerita Fizo lagi.

Sidang media
Selepas itu satu sidang media diadakan dan Fizo Omar mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan dengan Mawar Abdul Karim, 24, pada 10 November depan sekitar jam 9 pagi di kediaman keluarga Pengurus Pemasaran Tudung Fareeda itu di Country Heights, Kajang.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkata, majlis pertunangan mereka akan diadakan sehari sebelum itu pada waktu dan lokasi sama.

Fizo nikah 10 November

“InsyaAllah, jika semua berjalan dengan lancar, kami akan bertunang pada 9 November depan pada jam 9.00 pagi, manakala keesokan harinya, kami akan melangsungkan majlis pernikahan. Kedua-dua majlis ini akan diadakan di rumah pihak perempuan di Country Heights, Kajang dan akan bersiaran secara langsung dalam program Nasi Lemak Kopi O di TV9,”

Tonton video di you tube bermula malam ini di www.youtube.com/paranormaltalents. Detik bersejarah tersebut menyaksikan Mawar tergamam serta terkelu lidah apabila Fizo melamarnya. Mawar ketika ditemui sejurus selesai majlis mengakui rasa terkejut dan tidak sangka duta Line dan Drive itu akan melamarnya di situ.

 

VIDEO FIZO LAMAR MAWAR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold