GAMBAR Banjir Lumpur Bertam Cameron Highlands

Gambar sekitar kejadian banjir lumpur yang melanda Bertam Cameron Highlands pada awal pagi tadi.

Banjir lumpur akibat air deras yang dilepaskan dari empangan memusnahkan rumah di sekitar sungai berhampiranĀ  dan beratus kereta hilang dan rosak.

 

 

 

 

 

 

 

Berita dari Malaysiakini

 

Pasukan bomba mengesahkan dua orang individu maut selepas satu empangan di Ringlet, Cameron Highlands melepaskan air melalui pintu kawalannya.

Ketua balai bomba dan penyelamat Cameron Highlands Yusri Abdullah Sani berkata, seorang lagi individu masih hilang.

Bercakap kepada Malaysiakini ketika dihubungi, beliau berkata seluruh kekuatan pasukannya seramai 28 orang ditugaskan untuk operasi mencari dan menyelamat.

Tambahnya, pihak Tenaga Nasional Berhad yang menjadi pemilik empangan hidroeletrik Sultan Abu Bakar itu membunyikan siren amaran pada jam 12 tengah malam tadi sebelum air berkenaan dilepaskan 20 minit kemudian.

Gambar yang diperolehi dari kawasan kejadian hari ini antara lainnya menunjukkan kesan terjahan air serta lumpur yang menenggelami kenderaan dan kawasan penduduk.

Sementara itu,laporan Bernama menyebut, kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dihanyutkan arus deras akibat limpahan air yang dilepaskan dari empangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu dalam laporan itu menyebut, mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.

Katanya, pasukan itu masih mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang.

Sebanyak 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu, katanya.

Beliau menambah, air terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.

“Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat,” katanya.

Katanya lagi, seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

Sementara itu, ADUN Teja yang melawat kawasan tersebut pula berkata seramai tiga orang maut dan seorang lagi hilang di Bertam Valley.

“Jumlah kematian mungkin meningkat. Pihak berkuasa sedang memeriksa punca kejadian,” katanya di Facebook.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.

Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold