Fizo Omar- Tak Mudah Dekati Mawar

Bagi pelakon, pengacara dan ahli perniagaan Hot Burger ini, sesi melamar yang diadakan sebentar tadi di panggung wayang e@Curve, Damansara adalah ‘dating’ kedua mereka sepanjang tempoh perkenalan.
“Kami sangat susah untuk keluar bersama. Tidak seperti pasangan bercinta lain. Dan hari ini adalah yang kedua saya bawanya keluar,” kata Fizo.
Fizo yang juga pengacara program ‘Nasi Lemak Kopi O’ di TV9 megakui sangat susah untuk memiliki hati Mawar.
“Sebelum ini kami sudah pernah berjumpa. Selepas hampir setahun, kami bertemu sekali lagi pada awal tahun ini. Tapi, pada bulan April lalu barulah kami bertemu secara lebih dekat itu pun atas urusan kerja. Dari situ kami mula berkawan.
“Tidak semudah itu juga kerana susah nak dekat dengannya. Dia seorang yang sangat profesional dan lebih kepada bisnes. Sampai nak dapatkan nombor telefon dia pun susah,” kongsi Fizo lagi.
Tentang majlis pertunangan dan pernikahan mereka nanti, Fizo memberitahu konsep yang dipilih adalah moden dan lebih bersederhana.
sumber : Mediahiburan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold