Drama Projek Memikat Suami Gandingan Emma Maembong dan Aiman Hakim

Drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) bakal ditayangkan di Astro hujung tahun ini. Hero dan Heroin drama ni ialah Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza. Masih lagi tema kahwin paksa sama seangkatan dengan beberapa drama yang menjadi pilihan stesen tv ketika ini, berlumba lumba  menyiarkan drama adaptasi novel seperti Love You Mr Arrogant(Tv3), Jodoh Itu Milik Kita(Astro), Sebenarnya Saya Isteri Dia(TV3) dan akan datang Playboy itu Suamiku (TV3).

Nak buat macam mana dah itu drama yang penonton suka , rating pun naik mencanak..pelakon pun cepat  aje popular  dan menjadi kegilaan remaja, pertengahan remaja dan juga akhir remaja :)

Novel Projek Memikat Suami

Sinopsis Projek Memikat Suami karya Hanina Abdullah

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” – Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang… Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” – Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Pelakon Projek Memikat Suami

Husna – Emma Maembong

Zahrain Alimin – Aiman Hakim Ridza

Pelakon pembantu

Puan Sri Maimun – Aznah Hamid

Hajjah Rahmah- Fadilah Mansor

Nora -Dynas Moktar  (kakak pertama Nawal Husna)

Najla- Watie Sadali  (kakak kedua  Nawal Husna).

Adira Sulaiman- Sherry Ibrahim

Atai- Ikwan Khairudin

This design will make her look squat!” Lancang saja mulut si Zahra. Squat? Ya Allah, seumur hidup aku tak pernah orang kata aku ni ketot! Berbahang rasanya muka Husna. Memang mereka dua beradik itu tinggi lampai orangnya, tapi aku ini tidaklah pendek sangat

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold