Diana Rafar Jawab Isu Krisis Rumahtangga

Jarang melihat Diana Rafar dan suaminya Zamarul Hisham di instagram mahupun twitter membuatkan peminat tertanya-tanya apakah Diana dan Zamarul ada krisis rumahtangga. Menjawab gosip menghadapi masalah rumahtangga, Diana Rafar menafikan hal itu dengan menjawab dia hanya tidak ada banyak masa bersama Zamarul kerana Zamarul

sibuk di lokasi pengambaran. Memang Diana ada terasa hati apabila seringkali suaminya tidak ada masa terluang untuk bersama dan mereka pernah berbincang mengenai masalah tersebut.

“Hubungan kami memang ‘renggang’ kerana kesibukan Zamarul di mana jadualnya penuh dengan penggambaran drama.

“Saya pun tak tahu bila masanya tidak sibuk tetapi macam mana pun kami masih lagi bersama,

“Biasalah bila pergi ke majlis tanpa suami, orang mulalah bertanya dan memberi pelbagai andaian. Malah wajah Zamarul tiada dalam Instagram saya pun orang tertanya-tanya kenapa?

“Tapi nak buat macam mana, nak ambil gambar bersama pun tak sempat,”

Hasil perkahwinan Diana dan Zamarul pada 16 Mei 2009, pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki iaitu Kashfi Haikal yang kini berusia tiga tahun.

Zamarul pula mempunyai seorang anak daripada perkahwinan terdahulu iaitu Izzat Haikal, 14.

Dalam pada itu Diana berkata dia berhasrat untuk membuat kemunculan semula dalam bidang lakonan selepas spa yang dimilikinya di Shah Alam sejak tujuh tahun lalu ditutup kerana kekurangan pelanggan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold