Diana Amir Nikah 25 Oktober

Pelakon Diana Amir yang sudah setahun bertunang dengan  Mohd Habibbullah A Rahman, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah, akan melangsungkan pernikahan pada 25 Oktober ini.

Majlis Ijab dan Qabul diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya pada jam 9 malam.

Menariknya, pasangan ini telah sepakat memilih konsep Islamik di majlis pernikahan itu nanti dan akan mendapatkan nasihat dari ustaz yang pakar.

 

“Saya sebenarnya nak ketengahkan apa yang Islam anjurkan. Contohnya seperti budaya mencium dahi semasa upacara membatalkan air sembahyang boleh digantikan dengan sekadar mengusap kepala pengantin perempuan. Begitu juga dengan konsep inai yang membolehkan seorang wanita melukis moti tumbuh-tumbuhan dan bukannya menyerupai tatu.

“Perjalanan majlis itu nanti saya akan tentukan bersama ustaz yang saya kenali. Kalau boleh saya mahu tunjukkan bahawa majlis pernikahan sebenarnya adalah sesuatu yang mudah dan tidak membebankan.

Di majlis itu juga nanti, takkan ada dulang yang banyak-banyak. Cuma ada 3 dulang hantaran sahaja mewakili senaskah Al-Quran, cincin dan mas kahwin”,

Menurut Diana lagi, pihaknya hanya akan menjemput 250 tetamu yang hadir pada majlis tersebut termasuklah rakan-rakan media, keluarga serta kenalan terdekat.

Majlis bersejarah buat Diana dan pasangannya itu nanti telahpun mendapat tajaan sepenuhnya merangkumi pakaian pengantin sewaktu nikah, dekorasi dewan, cenderahati untuk tetamu, jurugambar, juruvideo, inai dan juga daripada pihak Yakult (M) Sdn Bhd sendiri.

Hubungan cinta Diana dan Habibbullah terjalin selepas mereka diperkenalkan oleh seorang teman sekitar awal tahun lalu. Pasangan ini bertunang pada 23 Ogos 2012 dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon filem Aku Masih Dara itu.

Sepanjang tempoh pertunangan, mereka berhubung secara jarak jauh memandangkan Habib ketika itu merupakan seorang pensyarah di UiTM Merbok, Kedah.

Bagaimanapun, setakat ini bakal pengantin itu masih belum menetapkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis persandingan. Namun Diana berharap ianya dapat dijalankan dalam tahun ini juga.

sumber : Ohbulan.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold