David Teo Tunggu Kepulangan Wawa Zainal

Kontroversi yang melanda pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal masih lagi menjadi tanda tanya. Pihak pengurusan MIG diburu untuk mendapatkan penjelasan. Bos besar MIG David Teo disoal tentang isu pelakon di bawah naugan syarikatnya Wawa Zainal.

David sedia terima kepulangan Wawa Zainal kembali dan menghormati keputusan pelakon itu sebelum ini

“Memang dua bulan sebelum hari raya Aidilfitri, Wawa ada berjumpa saya dan memaklumkan dia sedang mengalami penyakit misteri. Ketika itu, dalam pada sedang dia bercakap dengan saya, tiba-tiba dia berzikir.

“Itu yang saya nampak misterinya tu. Lepas tu saya suruh dia cepat-cepat balik ke Sabah untuk berubat. Dia berjanji akan pulang selepas Aidilfitri tapi sampai sekarang dia belum balik ke sini lagi. Ketika dia datang jumpa saya tu, dia bertudung”

“Saya pun tak pasti sejauh mana kebenaran apa yang dilaporkan oleh akhbar itu. Tetapi saya tahu kerja media. Masakan media mahu mengada-adakan cerita dan membuat laporan yang tidak berasas. Laporan tersebut lengkap dengan maklumat dari jabatan pendaftaran dan perkataan ‘sah’. Sebelum ni kalau hanya gosip mesti tidak ada perkataan ‘sah’. Saya menghormati dengan laporan akhbar berkenaan”,
Saya juga hormat apa jua keputusan Wawa. Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadapnya. Saya sayang Wawa. Saya akan terus menyokongnya. Dia boleh balik ke sini.

“Malah saya akan bentangkan karpet merah dan sediakan kek untuk sambut kepulangan dia dan ‘orang baru’. Itu pun… kalau laporan akhbar itu benar lah”,

Sementara itu, David enggan mengulas mengenai kenyataan Aeril menerusi Twitternya dengan mengatakan seolah-olah ada pihak cuba menjatuhkan reputasinya. Ariel memberi gambaran apa yang ditulis wartawan Berita Harian itu sebagai senjata terakhir pihak tertentu untuk mengaibkan dirinya dan pihak yang dimaksudkan seperti menunding ke araah pihak MIG.
“Kenapa mesti saya nak jatuhkan reputasi Wawa sedangkan saya susah nak naikkan namanya”, ujarnya David ringkas tanpa menjawab persoalan mengenai Aeril.
sumber : Malaysian digest
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold