Bongkar Aeril Zafril dan Wawa Zainal Dikatakan Sudah Nikah

Berita hiburan B POP  ini pasti mengejutkan peminat apabila membongkar kesahihan gosip yang melanda pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang dikatakan sudah bernikah. Gosip mula kedengaran pada sekitar awal 4 Ogos, tetapi Wawa masih menafikan kabar angin yang dia sudah bernikah. Wawa telah menghabiskan masa cuti lama di kampungnya dengan alasan hendak berubat.

Dipetik dari BiPop , pada 28 September 2013 sebuah stesen radio telah mengumumkan seorang artis popular telah lama menghilang rupanya  sedang berpantang di kampung halaman, namun tidak menyebut nama pelakon terbabit.

Pada 2 Oktober 2013 Aeril Zafril sekali lagi menafikan gosip dia berkahwin dengan Wawa .

Komen Wawa,

“Jika saya nafi dan komen lebih-lebih, orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama saja. Sekarang status kami berdua hanyalah sahabat baik dan saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan dan tipu kalau kata kami tidak berjumpa. Jika dia berada di Kuala Lumpur, kami akan keluar makan bersama, tetapi dia sekarang berada di kampungnya di Sabah kerana sedang berubat.”

Aeril meminta media menghentikan fitnah dan berita tak benar ke atasnya.

Komen Aeril,

“Saya ingin memohon, tolong jangan sebarkan cerita jika tidak ada bukti dan akan memburukkan orang lain. Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh kahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga. Saya lebih suka sembunyikan hal-hal yang tidak ada kaitan dengan kerja contohnya saya berkawan dengan Wawa.

Tahun 2011 timbul kisah cinta mereka di dada media hiburan, tetapi hanya memberikan kenyataan yang mereka memang berkawan rapat dan semakin intim apabila ditemukan dalam filem Budak Pailang.

Aeril keluar dari MIG sekitar Mei dan filem 99 Kali Rindu adalah filem terkahir beliau bersama MIG.  Pada Oktober 2012, Aeril menyatakan dia mahu kurangkan aktiviti berlakon dan mahu tumpukan pada ilmu agama di Indonesia namun Aeril telah terlibat dengan sebuah filem luar di Hollywood.

Aeril pernah membuat pengakuan dia selesa berkawan dengan Wawa dan wanita itu ada sifat kelembutan dan keayuan .

Wawa juga kelihatan kurus ketika itu dan mendakwa dia mungkin terkena penyakit misteri. Kisah cinta Aeril dan Wawa memang sudah dihidu wartawan tetapi sukar mendapat penjelasan dari mereka berdua, hinggalah teman rapat mereka terlepas cakap memberitahu mereka berdua memang sudah lama bercinta. Dari sumber rapat mereka mengesahkan pasangan itu sudah bernikah sejak Wawa sebelum muncul di ABPBH 2012.

Selepas dinobatkan sebagai pemenang kategori Artis Baru Wanita Popular pada majlis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 2012) pada awal April lalu, kelibat Wawa sukar untuk dijejaki media massa apabila dia dikatakan kerap pulang ke kampung.

Sekitar Jun , Wawa dikatakan mendapatkan rawatan secara tradisional di kampungnya, tetapi didakwa menghilangkan diri apabila panggilan telefon tidak berjawab.

Dalam keratan BIPOP hari ini,

 

 

 

Tulisan Wawa di laman instagramnya berbunyi ” Selamat hadir ke dunia Ahmad Fakhruddin Attar 24 Ogos 2013 bersama puisi pendek berbunyi ” Bidadari tanpa syurga bahagia ku kini milikmu, hadirnya membawa berita gembira, pengubat hati rindu.”

Jika benar Aeril berkahwin dengan Wawa, kenapa agaknya Aeril dan Wawa menyembunyikan perkara baik ini dari pengetahuan media dan peminat, adakah mereka bimbang populariti akan jatuh atau adakah keputusan berkahwin melanggar syarat MIG? Hanya Wawa dan Aeril saja dapat menceritakan hal yang sebenar. Kita nantikan pula jawapan mereka setelah kisah cinta mereka didedahkan ala ala FBI, pasti juga dinantikan komen dari David Teo mengenai isu ini.

Apa apa pun tahniahlah pada mereka berdua. Mesti ramai gadis gadis kat luar sana kecewa habiss

Artikel lain: Aeril Zafrel Komen Balas Berita Nikah Dengan Wawa Zainal

FILEM 99 Kali Rindu temukan Aeril dan Wawa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold