Biodata Niezam Zaidi

Niezam ZaidiĀ  sedang menempa nama dalam dunia lakonan. Namanya masih lagi asing, tetapi dia tidak berputus asa untuk terus membuktikan bakat lakonan yang ada dalam dirinya. Lakonan Niezam amat menyerlah sekali dalam filem Longkai, walaupun masih lagi muda dan baru Niezam seperti sudah lama berlakon terutama digandingkan dengan pelakon senior dan lebih berpengalaman seperti Faizal Hussein dan Erra Fazira.

Kenali Niezam Zaidi pelakon Longkai.

Biodata Niezam Zaidi

Niezam Zaidi atau nama sebenar Muhamad Niezam bin Mohd zaidi,anak yang ke-3 dari 4 adik beradik.

Lahir pada 26 Okotber 1992. Berasal dari ipoh,Perak. Membesar di Kampong Manjoi,tinggal di Halaman Meru Damai,Bandar Meru Raya,IPOH.

AmatĀ  meminati bidang lakonan sejak kecil apabila terlibat dalam satu dokumentari(SUMBANGSIH) pendek pada umur 8 tahun.

Selepas itu menjadi satu titik permulaan untuk berkecimpung dalam bidang lakonan dan dunia seni.

Oleh kerana terlalu minat,selepas tamat persekolahan,Niezam terus menjejakkan kaki di Kuala Lumpur dengan harapan untuk mencapai cita2 sebagai seorang pelakon.

Kerjaya awal

Bermula bekerja sebagai Cashier di KFC bukit bintang telah membuka mata saya bahawa bertapa susah nya untuk hidup di Bandar besar itu dan sekali gus menaikkan lagi semangat untuk terus berusaha.

Dari situ saya mula secara perlahan-lahan dengan pergi casting untuk menambah kan lagi pengalaman dan mencuba nasib..Alhamdulillah akhirnya terpilih untuk menyertai bengkel lakonan anjuran FINAS.

Dari situ saya banyak belajar dan juga telah menambah sedikit demi sedikit pengetahuan saya tentang bidang lakonan dan sekali gus menaikkan semangat saya.

Sepanjang tempoh bengkel lakonan,saya mengambil kesempatan dengan menjadi extra didalam drama2 dan job2 yg lain.

Alhamdulillah saya ditawarkan dan diberi kepercayaan oleh saudara saya untuk menjadi Main Cast untuk Music Video Nora-Pedoman.Selepas beberapa minggu,saya sekali lagi dipanggil dan ditawarkan kerja,tetapi kali ini berbeza.

Saya diberi tugas untuk menjadi HOS dalam program X-TREME di bawah 1Malaysia tv.

Selepas sahaja tamat Bengkel Lakonan,saya disyorkan oleh cikgu saya untuk mencuba nasib di satu syarikat industri perfileman di bawah naungan David Teo iaitu Metrowealth Pictures(MIG).

Berbekalkan semangat dan minat yang mendalam yang dibawa ketika casting,Alhamdulillah,saya berjaya dan ditawarkan untuk menjadi talent MIG.

Tidak lama selepas itu,saya diberi peluang dan kepercayaan yang besar oleh David Teo untuk memegang watak utama dalam Filem terbaru beliau Budak Pailang arahan Hashim Rejab yang bakal menjelang hujung 2012.

 

Antara filem dan drama lakonan Niezam Zaidi

Highland Tower, Budak Pailang, Longkai, Diandra, Pada Suatu Cinta Dahulu, Dewi lasak, Dia Suamiku

Niezam memegang watak Eddi dalam Longkai,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold