Biodata Amyra Rosli

Amyra Rosli, 22 tahun,  pelakon baru yang sedang menempa nama di bidang lakonan, antara drama lakonan Amyra ialah Warkah Cinta di tv alhijrah, dan Chef Jelita TV9.  Dia dikatakan mempunyai wajah seiras pelakon seberang Nia Ramadhani. Amyra bekas pelajar Aswara seperti Nad Zainal semakin mendapat tempat dalam drama tv. Berbekal wajah yang jelita dengan bakat lakonan yang semakin menyerlah tak mustahil Amyra cepat dikenali .

Banyak drama lakonan Amyra seperti Jodoh, Cinta Pandang Kedua, Supermak, Suami Muda, Kalimah Jiwa, Chef Jelita, Kampungku Aidiladha, 30 Hari Cinta, Cinta dan Wahyu dan yg terbaru Ku Cinta Kau Seorang.

Amyra yang berasal dari Kuala Lumpur, sangat meminat bidang lakonan sejak kecil dan mula meniru gaya lakonan pelakon di hadapan cermin. Kerana minatnya itu,  Amyra mengambil jurusan diploma teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) .

Ibu ajar berlakon

“Saya memang suka melihat lakonan bintang filem dan drama televisyen sejak kecil lagi. Disebabkan minat yang mendalam, saya meniru lagak mereka di hadapan cermin.

“Mama (Noor Zaridah Ahmad) yang terlibat dalam industri hiburan kemudian perasan dengan minat saya itu. Dia beri tunjuk ajar dan menjadi rujukan terbaik. Dengan Mama saya belajar apa yang wajar dan tidak wajar dibuat seseorang artis,” kata Amyra anak sulung dari 4 beradik.

Belajar di Aswara

“Memang banyak ilmu yang diperoleh daripada pengajar di situ seperti pelakon, Marlia Musa. Biarpun sudah tamat belajar, saya masih berhubung dengannya bagi meminta pandangan dan mendapatkan nasihat.
“Rezeki menyebelahi saya kerana tak putus menerima tawaran berlakon. Setiap kali terbabit dalam produksi, timbul keyakinan untuk memberikan hasil terbaik. Malah, saya anggap apa yang dilalui ini satu proses pembelajaran untuk ke tahap yang lebih baik.

Mula dikesan bakat lakonan oleh pengarah terkenal Mior Hashim Manap dan diambil berlakon dalam drama Cinta dan Wahyu.

Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati  kini sudah menjadi tunangan kepada pelakon Dazrin Kamaruddin. Mereka berdua berkenalan sejak tahun 2010. Amyra dan Dazrin juga  digandingkan bersama dalam 30 Hari Cinta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold