Aeril Zafrel dan Wawa Zainal Akan Adakan Sidang Media Jumaat Ini

Pada Jumaat ini 11 Oktober, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akan hadir pada sidang media yang bakal diadakan bagi menjelaskan sama ada benarkan mereka sudah bernikah atau pun tidak. Pengurus Aeril mencabar pada pihak yang ada bukti sebelum ini supaya tampil membawa bersama bukti itu supaya dijadikan bahan rujukan di mahkamah nanti.

Aeril menjawab pertanyaan wartawan yang menyerbunya di lokasi pengambaran Mat Semprit di Tasik Ampang Hilir.

“Berdiam bukan beerti bersalah atau tidak benar. Saya ada hak untuk berdiam diri”,

“Buat masa sekarang saya tidak boleh komen hal peribadi saya. Pada Jumaat ni selepas solat Jumaat saya akan adakan sidang media. Pada hari itu Wawa Zainal juga akan hadir. Kami akan menjawab semua persoalan satu persatu selama ini menjadi tanda tanya anda semua.

“Tapi pada hari ini saya tidak boleh membuat apa-apa kenyataan kerana saya mahu menunggu Wawa ada bersama. Saya tidak larikan diri. Saya hanya menangguhkan untuk memberi penjelasan sehingga sidang media itu nanti”,

“Istilah melarikan diri, saya rasa tak pernah wujud dalam diri saya. Saya rasa sebagai seorang artis, saya lari mana pun orang lain akan persoalkan saya juga.

“Untuk diri saya, ada lah sebab kenapa saya berdiam diri dan tak jawab sms serta call. Bukan saya nak lari, tapi saya sendiri akan adakan sidang media nanti.”

“Saya berdiam bukan bermakna saya salah. Waktu ini sebenarnya ujian keimanan saya sedang diuji. Mungkin Tuhan nak uji saya dari segi pandangan manusia. Atau Tuhan nak uji saya samada saya redha atau cepat marah.

“Itu semua saya rasa ujian Tuhan untuk diri saya. Biarlah terjawab Jumaat nanti dan saya rasa mungkin ada hikmah yang besar Tuhan nak tunjuk pada saya,”

“Kami cabar mana-mana pihak membawa bukti dan sidang media itu nanti akan direkod untuk rujukan mahkamah”

Aeril juga akan menggunakan khidmat peguam kerana isu ini telah memberikan impak yang besar pada dirinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold