Zain Saidin Merisik Rozita Che Wan di Hotel Carcosa

Pelakon Zain Saidin, 29, akhirnya merisik kekasihnya, aktres Rozita Che Wan, 40, dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, pada Ahad.

Pengurus peribadi Rozita iaitu Afiq berkata majlis berlangsung kira-kira pada pukul 3 petang dan disaksikan seramai 50 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

“Majlis ini dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga sahaja. Ia hanya majlis merisik, bukan pertunangan.

Ia majlis pihak lelaki mahu bertanya sama ada Rozita sudah ada yang punya atau belum,”

 

Tambahnya majlis berlangsung dengan tema adat melayu tradisional dan dekorasi pelamin ditaja oleh Kuntum by Najeeb.

Kata Zain dia akan mengadakan majlis tunang dan nikah pada Disember ini serentak.

“Saya buat majlis itu selepas dapat ‘sponser’ melainkan dewan sahaja (bayar). Saya berjanji, pada majlis bertunang dan nikah yang akan diadakan serentak pada Disember depan, saya dan Rozita akan membuat jemputan rasmi,”

Gambar dari rotikaya

Cincin risik Che Ta

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold