Wan Nor Azlin Jelaskan Kenapa Saman Bapanya

Selepas menyepi seketika dari industri hiburan, Wan Nor Azlin kini kembali menjadi buah mulut peminat dunia hiburan apabila dia menfailkan saman dan meminta mahkamah untuk memenjarakan ayah kandungnya, Wan Mohd Husain.

Banyak pihak yang menuding jari serta memberi gelaran kepada Azlin sebagai anak derhaka. Namun Azlin berpendapat yang dia enggan mempedulikan kata-kata orang luar, sebaliknya memperjuangkan haknya mengambil tindakan tersebut.

“Saya tidak kisah apa orang nak cakap kerana ianya tidak menjadi kudis kepada saya. Namun saya terkilan kerana maruah keluarga yang tercalar kerana perkara ini,”

Azlin berpendapat dia perlu membuka mulut kerana perkara ini telah menjadi kes mahkamah dan mendapat liputan pihak media. Malah bagi Azlin, ayahnya yang terlebih dahulu memfailkan saman terhadapnya kerana enggan keluar dari rumah tersebut.

“Ayah saya telah berubah menjadi orang yang bukan lagi saya kenali sejak berkahwin, malah tanpa alasan kukuh dia sanggup memotong bekalan air dan elektrik. Namun saya di sini ingin menjelaskan yang saya sama sekali tidak mencederakan ayah saya,”

Azlin berkongsi persengketaannya dengan ayah kandungnya itu mendapat sokongan daripada adik-beradiknya yang lain. Ini kerana mereka turut bersimpati dengan Azlin yang bersusah payah membesarkan tiga orang anaknya dan dibebani dengan konflik keluarga ini.

Mengakui sumber rezekinya turut terjejas, dramatis terkenal ini tidak ingin berputus asa dan tetap mahu meneruskan kerjayanya sebagai seorang anak seni. Bagi Azlin berlakon merupakan sumber pendapatan utamanya kerana itu sahajalah bakat yang ada padanya.

Dia berharap agar orang ramai tidak mengeruhkan lagi konflik antara dia dan ayahnya. Azlin yang kini sedang menetap di rumah sewa bersama anak-anaknya ingin memulakan hidup baru dengan wang yang dituntutnya.

sumber : Gua.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold