Telemovie Pengancam Perkahwinan

Drama Pengancam Perkahwinan yang agak lain dari yang lain, skrip yang bagus, lakonan dan barisan pelakon tidak mengecewakan. Kila Fairy yang selalu menjadi watak gedik memang tidak gedik dalam drama Pengancam Perkahwinan ni. Lakonan yang bersahaja dan make up yang tidak keterlaluan menyerlahkan bakat Kila Fairy dalam lakonan.

Sangat kurang drama yang seperti ini sekarang kerana yang selalu di kaca tv ialah drama cinta 3 segi, kisah dunia korporat datuk datin, kahwin paksa.

Arahan : Tam Suhaimi dan Syahir Ismail.

Pelakon : Nadiya Nisaa, Kilafairy, Intan Ladyana, Jonathan Putra, Hafizul Kamal , Nora Danish, Sherry Ibrahim, Sari Yanti dan Farish Aziz.

Penerbit : Sari Yanti -Mediaglo Sdn Bhd

Sinopsis

Telemovie ini mengenai persahabatan diantara Melissa dan Ariana. Mereka telah berkawan baik sejak kecil dan sentiasa ingin menjadi yang terbaik dikalangan mereka. Kemuncak persahabatan mereka telah diuji semasa berebutkan jawatan sebagai wakil pelajar untuk memberi ucapan bagi majlis graduasi.

Setelah membawa haluan sendiri, Melissa telah bergelar perancang perkahwinan kepada Nadiya Nisaa yang berlakon sebagai Maya. Konflik mereka berterusan dan kedua pihak ini sentiasa dalam cubaan menggagalkan usaha masing semata-mata kerana dendam. Keadaan seperti itu berterusan dan penuh dengan konflik persaudaraan yang akan membuatkan anda gelak ketawa menyaksikan telemovie ini. Adakah mereka akan kembali berbaik dan meneruskan persahabatan seperti dulu? Bagaimana pula cara Melissa memujuk Maya untuk meneruskan perkahwinannya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold