Tanda Putera Hanya Mampu Kutip RM900 Ribu

Filem kontroversi  Tanda Putera yang menelan belanja sebanyak  RM4.6 juta menerusi dana kerajaan setakat ini hanya mampu meraih RM900,000. Bagaimanapun pengarah filem itu, Shuhaimi Baba berpuas hati dengan kutipan itu kerana dia tidak meletakkan sasaran yang tinggi bagi filem itu walaupun banyak pihak melihat filem itu sebagai gagal.

Shuhaimi menjangkakan  Tanda Putera akan  memperoleh kutipan RM1 juta menjelang tarikh akhir wajib tayang Rabu ini.

Tambah Shuhaimi beliau berharap Syarat Wajib Tayang akan memberi ruang untuk terus menayangkan filem itu di pawagam walaupun sesi wajib tayang akan berakhir.

Tanda Putera memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr. Ismail Abdul Rahman berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969.

Filem yang dihasilkan pada tahun 2011 itu bagaimanapun tidak diluluskan oleh jemaah Menteri yang membuat keputusan menangguhkan tayangannya kerana dikatakan terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Ia ditayangkan untuk tontonan umum pada 29 Ogos lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold