Tak Ambil Pekerja Bertudung

Status di facebook yang menjadi viral kini ialah status dari seorang gadis yang dikenali sebagai Mira Kamil, 24tahun,  menjadi perhatian ramai dan di kongsi 9000 lebih. Mira Kamil menulis di fbnya dia kecewa apabila ditolak begitu sahaja apabila memohon bekerja di beberapa kedai di KLCC hanya kerana dia bertudung.

Melalui laporan Malaysian Digest yang sempat menemubual Mira, 24tahun , status itu ditulis di fb pada 2 September

“Masa tu hari Isnin, saya bawa ibu sekali pergi cari kerja dan saya memang nak cari kerja ‘part-time’ saja. Jadi saya pun masuklah ke dalam kedai-kedai yang ada tampalkan iklan cari pekerja,”

“Memandangkan ada kekosongan, saya masuk dan bertanyakan kepada mereka. Namun, dengan pantasnya saya diberitahu kedai-kedai ini tidak mengambil orang yang memakai tudung,”

Ternyata Mira kecewa dengan keadaan itu dan turut membandingkan kehidupan beliau ketika di United Kingdom selama empat tahun diikuti pengalamannya mengembara sekitar Eropah namun tidak pernah merasa terhina kerana memakai tudung seperti yang berlaku di negara sendiri.

Secara keseluruhan, kedai-kedai tersebut menolak permohonan kerja wanita bertudung dengan alasan ia adalah polisi syarikat, namun ada juga yang memberi alasan tiada kekosongan walaupun terpampang iklan jawatan kosong.

Di kedai Nike, wartawan Malaysian Digest, yang memakai tudung, telah ditolak bulat-bulat dan pekerja yang bertugas mengatakan kedai tersebut tidak mengambil pekerja yang menutup kepala dan rambut mereka.

Jawapan yang sama turut diberi oleh Esprit dimana wartawan kami diberitahu bahawa ia adalah polisi syarikat. Penyelia bertugas menjelaskan mereka sudi menerima permohonan jika wartawan kami mahu membuka tudung ketika bertugas.

Beliau berkata sebelum ini memang terdapat kes-kes seperti itu di mana pekerja membuka tudung semasa bertugas dan memakainya semula apabila habis bekerja.

sumber : Malaysian Digest

***********

Memang sangat memalukan apabila negara kita lebih mat salleh dari negara luar. Diskriminasi seperti ini memang  perlu dipandang serius.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Tak Ambil Pekerja Bertudung”

  1. ayu says:

    melampau sgt..
    ayu recently posted..TIPS : Hadiah Masuk Rumah Baru

  2. Ayie Abas says:

    senang cakap dan yg nyata..

    wlu jenama2 tersebut berada di negara ini, malaysia sebuah negara islam..tapi yg jelas produk tersebut dipunyai oleh org bukan islam.

    klu di malaysia..sah2 tokeh2 nya berbangsa cina beragama kristian kn? jadi apa nak di hairan kan?
    Ayie Abas recently posted..RUROUNI KENSHIN : Mirai e – Kiroro

  3. rozie says:

    memang melampau!!! di negara sendiri yg mengaku AGAMA RASMI ADALAH ISLAM, masih ada diskriminasi terhadap mereka yg bertudung. MENTERI YG BERKENAAN DAN PIHAK PEMERINTAH PATUT MELIHAT PERKARA INI. Jgn sampai ORG ISLAM tiada HAK di negara sendiri!!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold