Syamsul Yusof Merajuk Tak Mahu Mengarah Filem

Syamsul Yusof masih lagi tertekan dan tidak hadir ke majlis tayangan bersama media untuk filemnya sendiri, KL Gangster 2 berikutan kes cetak rompak filemnya sebelum ditayang di pawagam.

Bercakap kepada media malam tadi, Datuk Yusof Haslam memaklumkan yang anaknya itu tidak dapat hadir ke majlis tayangan semalam kerana masih tertekan dengan isu cetak rompak KL Gangster 2 yang terjadi beberapa minggu yang lalu.

“Emosi Syamsul belum stabil. Jiwanya terganggu akan kejadian rompakan digital terhadap filem KL Gangster 2. Saya faham dengan situasi yang dihadapinya itu”

Dalam majlis yang sama, Yusof Haslam juga ada mendedahkan luahan hati anaknya itu yang mahu berhenti mengarah filem selepas kejadian KL Gangster 2 di’sabotaj ini.

“Tapi yang saya risau, dia kata dia nak tarik diri daripada industri filem. Dia dah tak mahu terus mengarah lagi. Syamsul ni jenis degil, kalau dia kata dia nak buat sesuatu tu, dia akan buat. Ini yang cukup membimbangkan saya,” tambah Yusof Haslam.

Yusof Haslam menambah lagi jika benar Syamsul Yusof menarik diri dari dunia perfileman Malaysia, ianya satu kehilangan yang sangat besar kerana pengarah muda itu punyai potensi yang tinggi selain mempunyai barisan filem yang berjaya sebelum ini.

“Jika dia betul-betul tarik diri, sudah pasti ia satu kehilangan besar industri perfileman tanah air. Ramai yang datang kepada saya dan memberitahu bahwa saya bertuah mempunyai anak seperti Syamsul yang dapat meneruskan legasi empayar perniagaan saya”

“Saya harap dengan sokongan para penonton terhadap sambutan filem ini di pawagam, dapat mengembalikan semula semangatnya. Saya harap dia tak silap perhitungan & tak putus asa”

KL Gangster 2 akan ke pawagam seluruh negara pada 3 Oktober 2013 ini.

 

sumber : Rotikaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Syamsul Yusof Merajuk Tak Mahu Mengarah Filem”

  1. akubiomed says:

    Bukan mudah untuk pulihkan kekecewaan yang melanda. Harap beliau kuat seperi bapanya Yusof Haslam.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold