Strawberi & Karipap Temukan Nelydia Senrose dan Zizan Nin

Drama bersiri Strawberi dan Karipap menemukan Nelydia Senrose dan Zizan Nin serta dua pelakon kanak kanak Mia Sara serta Raykarl Iskandar. Drama ini disiarkan di saluran Ceria 611 pada 1 September setiap Ahad, 11 pagi. Drama ini pernah dilakonkan oleh Nur Fathia dan Sein dan kemudian mendapat sambutan membanggakan. Ia kemudian dijadikan drama bersiri

dengan jalan cerita yang lebih menarik.

Sinopsis Strawberi dan Karipap

Pelakon :  Zizan Nin, Mia sara, Raykarl Iskandar, Yana Shamsudin, Jihan Raja Lawak dan penampilan khas penyanyi Indonesia, Shae serta ramai lagi.

Drama bersiri ini mengisahkan dua orang kanak-kanak iaitu Haikal (Raykarl) dan Nini (Mia Sara) cuba menyatukan Lisa (Nellydia Senrose) dan  Hairi (Zizan Nin) yang mempunyai sifat ego walaupun menyedari mereka saling menyukai antara satu sama lain.

Lebih sukar apabila Hairi mula jatuh cinta dengan cikgu baru Haikal dan Nini iaitu Cikgu Azila sementara Lisa pula mula tertarik dengan jejaka bernama Suffian. Pelbagai halangan terpaksa ditempuhi Haikal dan Nini yang berusaha untuk menyatukan Lisa dan Hairi sehingga tiba suatu hari yang istimewa yang membuat mereka berdua berjaya membuang ego antara sama lain.

Adakah Lisa dan Hairi akan kekal menjadi pasangan kekasih seperti yang dimahukan Haikal dan Nini? Bagaimana pula dengan Cikgu Azila dan Suffian? .

Mia Sara dan Nelydia Senrose

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold