Sinopsis Filem Tembus : Gandingkan Aaron Aziz, Nur Fazura & Luna Maya

Filem baru arahan Ahmad Idham  bertajuk Tembus menggandingkan Aaron Aziz , Nur Fazura dan juga Luna Maya. Filem ke-14 terbitan Excellent Pictures dan skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim itu akan memulakan penggambarannya di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut Ahmad Idham, pemilihan Luna Maya dalam filem bergenre psiko-thriller itu bertujuan untuk menggandingkan tiga pelakon dari tiga negara, Malaysia (Fazura), Singapura (Aaron) dan Indonesia.

Ahmad Idham sekaligus merealisasikan impian Luna Maya yang selama ini mahu berlakon dengan Aaron Aziz. Luna Maya juga pernah menyatakan dia cukup tertarik dan kagum dengan aksi Aaron dalam filem KL Gangster yang ditontonnya di you tube.

Watak utama adalah Aaron yang berlakon sebagai Harri dan Fazura selaku Izza. Manakala Luna memegang watak Marylia.

Sinopsis filem Tembus

Tembus berkisar tentang pasangan suami isteri bekerjaya dan cukup berjaya dalam hidup mereka, namun semuanya berubah apabila anak tunggal kesayangan mereka hilang.

Sepanjang mencari jawapan mengenai kehilangan anak mereka, kebenaran semakin terbongkar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold