Sinopsis Filem Bencinta Lakonan Nora Danish dan Farid Kamil

Filem Bencinta merupakan filem arahan sutradara muda Eyra Rahman selepas filem ‘Aku Terima Nikahnya’ dan ‘Dua Kalimah’. Filem yang menampilkan bintang ternama seperti Farid Kamil, Nora Danish, Qi Razali, Uqasha Senrose, Zalif Sidek, Angeline Tan. Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 26 September 2013.

Kisah seorang isteri yang didera kemudian bangkit membela diri dan sanggup belajar seni mempertahankan diri untuk menjaga keselamatan dari terus dipukul dan didera suaminya.

Melihat secara kasar ianya hampir sama jalan cerita dengan sebuah filem luar negara Enough lakonan Jennifer Lopez.

Dahi Nora Danish lebam dalam pengambaran filem ini kerana dihentak oleh Farid Kamil

Sinopsis penuh Filem Bencinta

“Bencinta’ berkisarkan mengenai Fathia (Nora Danish), seorang gadis cantik yang bekerja dengan Liya (Uqasha Senrose) dan Amin (Zalif Sidek) di sebuah kafe milik Jane (Angeline Tan). Mereka bertiga bekerja sebagai chef di sana.

Di kafe tersebut, Fathia telah bertemu dengan Faizal (Farid Kamil) yang pada mulanya seorang pelanggan yang datang di sana. Faizal merupakan seorang ahli perniagaan yang kacak dan kaya. Perkenalan Faizal dan Fathia di kafe tersebut membuahkan rasa cinta di antara mereka, lalu mereka menjalinkan hubungan sebagai sepasang kekasih.

Hubungan mereka seterusnya berakhir di jinjang pelamin. Fasa perkahwinan mereka begitu indah sekali. Faizal sangat menjaga Fathia dengan baik dan Fathia sangat sayangkan Faizal. Hasil ikatan perkahwinan mereka bertambah bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata bernama Tiara.

Namun begitu, langit tak selalunya cerah dalam perhubungan mereka. Faizal yang mulanya berkelakuan baik mula menunjukkan belang. Faizal mula melakukan keganasan terhadap Fathia. Tanpa belas kasihan, Faizal memukul Fathia tanpa alasan kukuh. Dalam diam, Faizal juga menjalinkan hubungan dengan perempuan lain dan curang terhadap Fathia.

Fathia mengambil kesempatan untuk lari dengan anaknya ke suatu tempat persembunyian. Di sana, mereka dibantu oleh Shah (Qi Razali), sahabat baik Fathia dari kecil. Kehadiran Shah dalam hidup Fathia dan Tiara memberikan sinar harapan dalam hidup mereka.

Review filem

Melihatkan kepada plot penceritaan filem ini, penonton seakan boleh menjangkakan apa yang akan berlaku di babak-babak seterusnya. Jalinan plot demi plot kadangkala digarap kurang kemas oleh sutradara dan ianya menampakkan sedikit kelemahan filem ini.

Namun begitu, kredit harus diberikan kepada Eyra Rahman kerana dia berjaya mencungkil sisi lain lakonan Nora dalam filem ini. Lakonan yang ditonjolkan oleh Nora nampak ada peningkatan dari segi penghayatan dan pembinaan karakter Fathia daripada seorang gadis, berganjak menjadi seorang isteri dan akhirnya menjadi seorang ibu yang dikasari oleh suami.

sumber: Gua.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold