Rozita Che Wan Rancang Beli Barang Kahwin di London

Pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin dikabarkan akan melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun ini. Bagi  persiapan perkahwinan , Rozita  telah bercadang untuk ke kota London membeli barang hantaran untuk bakal suaminya, Zain.

“Saya cadang nak beli barang hantaran di London. Sebab kat sana murah. Mungkin saya akan pergi dalam lima hari. Saya pergi mungkin penghujung Oktober ini.”

Rozita Che Wan juga berkata yang Zain Saidin mungkin tidak turut serta untuk membeli belah di London kerana terikat dengan Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua.

Ramai yang masih menanti pasangan ini untuk umumkan tarikh perkahwinan mereka. Menurut pengurus Rozita Che Wan, ketika ini ada lima tarikh dalam senarai mengikut kekosongan dewan & masih menunggu panggilan dari pihak pengurusan untuk mengesahkan tarikh sebenar.

Yang pasti Rozita Che Wan sendiri telah mengesahkan yang majlis perkahwinan mereka akan berlangsung dalam bulan Disember 2013.

sumber :Malaysian Digest

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold