Qi Razali Rancang Bertunang Dengan Nelydia Senrose Tahun Depan

Qi Razali mendedahkan yang beliau merancang untuk mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya Nelydia Senrose pada tahun hadapan.
Qi yang berusia 36 tahun ini mengambil keputusan itu atas faktor tidak mahu menunggu sehingga usianya mencecah 40 tahun untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka.

“Kalau boleh saya tidak mahu berkahwin ketika umur saya memasuki 40 tahun — dalam tempoh setahun dua ini akan ada langkah seterusnya dalam hubungan kami,”
Nelydia Senrose yang dihubungi bagaimanapun berkata Qi Razali belum meluahkan apa apa hasrat untuk merisik atau meminangnya dalam masa terdekat namun mengakui mahu melangkah ke fasa yang lebih serius dalam hubungan mereka berdua.

Apa komen Nelydia pula?

“Saya tidak boleh cakap sudah bersedia atau tidak. Saya serahkan pada keluarga sebabnya saya masih di bawah tanggungan keluarga. Segala kata putus daripada keluarga saya akan ikut,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold