Pelakon Maimon Talib Meninggal Dunia Akibat Kanser

Pelakon veteran Maimon Mutalib meninggal dunia pukul 2.20 petang tadi di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam.
Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir setibanya di rumah selepas dibenarkan keluarkan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Allahyarhamah disahkan menghidap kanser payu dara tahap keempat pada 2012.

Jenazah Allahyarhamah dijangka akan dikebumikan pada malam ini di kampung halamannya di Tangkak, Johor.

“Sudah empat hari lalu ibu dimasukkan wad dan dia sudah mula tenat sejak semalam (Jumaat).

“Kemudian pada tengah hari tadi (Sabtu), doktor meminta pihak keluarga untuk membawanya pulang,” kata Nadia.

Pelakon drama dan filem terkenal itu meninggalkan lima orang anak, Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.

sumber :Astro Awani

 

Filem lakonan Maimon

Qabil Khushry Qabil Igam, Chermin, CUCI, Pensil, Appalam, Semerah Cinta Stilleto, Otai, Sumpahan Kum Kum, Chantek, dan Budak Pailang.

Allahyarham juga cukup popular dengan penampilan watak yang pelbagai menerusi ratusan drama di televisyen.

Maimon Bimbang nasib anak -Harian Metro

Surayatul Nadia mengidap sakit buah pinggang yang serius dan terpaksa menjalani dialisis selama empat jam setiap hari. Surayatul Natasya pula lulusan ijazah skrin dari Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dan pernah bekerja dengan beberapa produksi. Kini dia terpaksa berhenti kerja sementara bagi menjaga ibunya.

Memburukkan keadaan pasangan kembar yang kini menuntut di Sekolah Menengah Vokasional Klang pula mengidap semput dan turut memerlukan perhatian yang khusus.

 

************

Al fatihah kepada arwah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold