KL Gangster2 Dicuri: Aaron Aziz Kecewa, Syamsul Yusof Berkurung Dalam Bilik

Aaron Aziz pelakon utama KL Gangster2 juga meluahkan rasa kecewa dan kesal apabila karya Syamsul Yusof  itu dibocorkan di internet sebelum ditayangkan pada umum. Mana tidaknya selepas semua pelakon dan kru produksi berhempas pula menjayakan filem tersebut, orang lain senang-senang mencuri dan mengaut keuntungan secara mudah.

Aaron berharap pihak berkuasa dapat membenteras dalang di sebalik kes itu secepat mungkin.

Luah Aaron lagi,

Saya fikir benda ini, orang tak nampak dan tak sedar ia membabitkan jutaan ringgit. Tindakan ini sama seperti mereka datang ke rumah orang dan mencuri barang milik tuan rumah dan menjual pada orang lain, ini boleh dikatakan jenayah.

Tindakan ini seperti menggunakan orang lain untuk mengaut keuntungan bagi diri sendiri. Saya harap pihak berkuasa tubuhkan pasukan khas yang akan memerangi pihak ini , jika tidak ia akan merosakkan industri perfileman negara.

Dalam pada itu, Datuk Yusof juga memberitahu media anaknya , Syamsul amat kecewa dan masih sedih.

“Sebaik saja Syamsul dapat tahu berita itu, dia datang pada saya dengan wajah yang sedih dan kecewa. Saya peluk dia dan saya katakan padanya , ini semua dugaan dari Tuhan kepada keluarga kita.Saya katakan padanya kita tidak boleh lemah, ini periuk nasi kita, kita akan memburu dalang yang tak bermoral ini sampai dapat.”

Syamsul berkurung dalam bilik

Sejak mendapat tahu filemnya menjadi mangsa rompakan digital, Syamsul hanya berkurung dalam bilik, keadaan fizikalnya semakin kurus, dia hanya menghadap komputer dan internet memantau mana mana laman web yang menyiarkan filemnya secara haram.

Kata Datuk Yusof, dia tahu betapa bernilainya filem itu kepada Syamsul, dua tahun anaknya berhempas pulas menyiapkan KL Gangster2 semata mata mahu memberikan yang terbaik kepada penonton.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold