Kenaikan Harga Minyak Disambut Dengan Sindiran dan Kemarahan

Pengumuman kenaikan harga minyak menjadi bualan hangat di media sosial, sebelum pengumuman rasmi oleh Perdana Menteri petang semalam, berita harga diesel dan Ron 95 naik  sebanyak RM0.20  seliter itu masih lagi dianggap kabar angin. Orang ramai mula memenuhi stesen minyak untuk mengambil peluang terakhir mengisi minyak sebelum harga  naik tengah malam semalam.

Di  laman sosial seperti facebook dan twitter, kebanyakan orang awam melepaskan  kemarahan dan rasa tidak puas hati dengan keputusan kerajaan menaikan harga minyak Ron95 sebanyak 20 sen. 

 

Kenaikan harga minyak sememangnya telah dijangkakan sebelum pilihanraya diadakan dan akhirnya ia menjadi kenyataan. PM pula dalam penjelasan beliau , menjanjikan akan menaikkan kadar pemberian BRIM yang akan diumumkan pada belanjawan 2014 kelak.

Rata rata rakyat tidak puas hati apabila kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat dan ditambah pula kenaikan harga bahan api ,walaupun kerajaan telah  memberikan jaminan yang harga barang  barang  tidak  akan naik.  Pemberian  BRIM juga dilihat sebagai tidak praktikal dan hanya untuk golongan berpendatan bawah RM3000.

Luahan kemarahan rakyat akibat kenaikan harga minyak 20 sen.

 

 

 

sumber : facebook Berita Harian Online

 

sumber :  Malaysiakini

 

Penjelasan PM berhubung kenaikan harga minyak

“Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan tiga peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020.

“Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan negara, kalau ekonomi terjejas ia akan datangkan kesan buruk kepada rakyat,” katanya kepada pemberita pada persidangan media di bangunan Perdana Putra di sini malam tadi.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata merujuk kepada kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter yang diumumkannya berkuatkuasa hari ini.

Katanya, proses rasionalisasi subsidi sememangnya merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan yang dimuktamadkan, namun kerajaan bertekad untuk melaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan kesannya tidak membebankan.

“Kita nak tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial, seperti yang saya katakan tadi, termasuk kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Kenaikan Harga Minyak Disambut Dengan Sindiran dan Kemarahan”

  1. kamal88 says:

    TAHNIAH penyokong BN …lepas ni sume naik BN = Barang naik!

    ala 20 sen je bukan 1.00

  2. vontralbotak says:

    bising bising naik beskal la hahaha!!!

  3. bung bongok says:

    orang kampung tak terjejas sebab mereka tak naik kereta..orang kaya saja naik kereta

  4. akuadalah aku says:

    takpela,nanti pak jib bagi brim buleh cover 1 thn punya belanjawan 1 keluarga

  5. tokcher says:

    Bijak PM kita mentadbir negara
    jimat duit untuk bayar hutang

  6. Tantintun says:

    Kalau korang tak puas hati jangan duk kat Malaysia..duk kat Afrika

    Wakakakakaka!!!

  7. Dialova77 says:

    Harga minyak di Malaysia masih lagi murah jika dibandingkan dengan harga minyak di negara

    bangla

    mynamar

    siam

    singapore

    bla bla bla

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold