Johan Asari Terima Jika Shila Amzah Pilihan Keluarga

Sejak akhir akhir ini cerita kemesraan dan keakraban Johan Asari dan Shila Amzah sering menjadi buruan media hiburan, gambar mereka berdua sering dipaparkan. Peminat menjadi tertanya-tanya samaada benarkah Johan dan Shila sedang bercinta atau hanya gosip sahaja.

Dalam  program hiburan popular baru baru ini,Shila membuat penjelasan yang dia dan Johan hanya kawan biasa dan Shila masih belum bersedia menjalinkan hubungan cinta dengan serius buat masa ini kerana mahu tumpukan pada kerjaya.

 

Walaupun begitu Shila tak menolak andai jodoh telah sampai dan keluarganya mahu menjodohkan dia dengan lelaki yang sesuai.

Bagi Johan pula dia sebenarnya  masih solo lagi dan belum ada wanita pilihan. Berita dia mahu bertunang hanya perancangan beliau mahu menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini.

Ibu bapa Johan berkenan Shila Amzah 

Kata Johan Asari, ibu bapanya juga merestui dan pernah meluahkan hasrat untuk meminang Shila andai wanita itu merupakan pilihan hatinya.

“Ayah ada cakap kalau betul dengan Shila, dia akan cuba meminang. Mungkin pandangan orang tua melihat Shila sebagai wanita Muslimah yang baik, bertudung malah ke mana sahaja bersama orang tuanya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, seraya merendah diri Johan memberitahu, dia tidak terkejut jika Shila disunting oleh anak raja kerana dia merupakan ikon negara yang berjaya membawa Malaysia ke mata dunia.

“Saya tidak meletakkan dia (Shila)sebagai calon jodoh, kerana siapalah saya ini jika mahu dibandingkan dia yang berjaya mencipta nama dan mengorak kerjayanya ke peringkat antarabangsa,”

 

Shila  tahu mengenai Johan melalui kawan kawan

“Ibu kami memang berkawan baik dan sudah lama mengenali. Kami juga sering berjumpa di majlis-majlis hiburan,”

Disoal sejauh mana hubungan rapatnya dengan Johan, kata Shila, dia tidak terlalu mengenali Johan dan tidak tahu sikap sebenar pelakon yang terkenal dengan panggilan Botak itu.

Begitupun, Shila akui, sering menerima khabar baik mengenai Johan melalui teman-temannya.

Ada dalam kalangan rakan-rakannya yang memberitahu, Johan seorang yang baik dan tidak pernah meninggalkan solat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold