Isteri Mat Yo Nafi Sebar Video & Mohon Maaf dari Orang Ramai

Nampaknya masih belum reda lagi mengenai isu isteri Mat Yo yang memaki pak guard. Laman sosial menjadi medan orang ramai meluahkan kemarahan pada isteri Mat Yo dan mengutuk kembali Mat Yo. Turut ada fan page di facebook menyokong Pakcik Azman dan juga beberapa orang peguam dan kumpulan peguam menyatakan sokongan mahu membantu secara percuma Pakcik Azman sekiranya saman ke atas pakcik guard itu diteruskan.


Melalui akhbar Berita Harian, isteri Mat Yo Aisha telah meminta maaf kepada masyarakat dan mahu orang ramai hentikan cemuhan pada suaminya. Aisya juga menafikan dia ada menyebarkan video itu. Aisya menangis ketika memberitahu dia kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun.

Baca petikan ini,

 

“Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.

*******

 

 

 

Harap harap Isteri Mat Yo ni insaf meminta maaf dan ikhlas bukan sebab tertekan dek kerana orang mencemuh suami hingga terganggu latihan  atau menjatuhkan reputasi suaminya, apakan tidak hingga ke padang wartawan cari Mat Yo. Hingga Mat Yo kena ambil pengawal keselamatan a.k.a pak guard jugak nak jaga dia. Bukan kepada para orang ramai dia perlu minta maaf tapi pada pakcik guard tu yg sebenar.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Isteri Mat Yo Nafi Sebar Video & Mohon Maaf dari Orang Ramai”

  1. yoyo says:

    Bodo bertingkat tingakat lagi minah ni, mu ucap maaf bakpe ke orang ramai..mu salah dgn pak gad tu gi le minta maaf kat dia. tu pun kena ajar
    mu bodo mu bodo mu bodo mu bodo!!

  2. dendino says:

    ala pompuan ni tak ikhlas la, kat fb menyalak bagai nak rak sombong tak hilang
    tak ngaku dia salah
    duk jaga takut suami dia hilang fokus ntt main bola kalah

    tu takut nak saman sebab cctv dah tunjuk dia yg salah

  3. lipand dess says:

    kan lebih baik minta maaf pada pak cik tu, dah tau takda bapa, tak reti hormat orang tua

  4. siti along says:

    Tuhan dah tunjuk kebenarannya..yang bini mat yo ni yg salah..

    sendiri rakam video ..terang terang cakap nak saman bagai…

    takut kalah le tu dah lawyer byk nak bantu pakcik azman

    duit laki ko bergunung pun tak heran

    sekali tuhan tarik balik semua harta kau..baru padan muka

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold