Guru Disiplin Miang Cabul Murid dan Guru Ditahan Reman

Seorang guru disiplin sebuah sekolah di Sentul, di sini, ditahan polis Isnin lalu kerana disyaki mencabul anak muridnya.  Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di rumahnya di Bandar Baru Sentul, susulan laporan polis dibuat pelajar lelaki berusia 13 tahun itu. Mangsa membuat laporan kerana tidak tahan dicabul dan dipaksa melakukan perbuatan luar tabii sejak setahun lalu ketika mangsa di tahun enam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek kini ditahan reman tujuh hari hingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377E dan 354 Kanun Keseksaan.

Mesej kepada guru wanita

“Saya memang macam itu. Jenis miang sikit. Saya faham semua orang tak selesa. Saya memang ada satu tabiat tak senonoh macam itu. Patut awak sound (beri amaran) masa kali pertama saya buat.”

Itulah SMS pengakuan seorang guru disiplin kepada wanita yang juga rakan sejawat di sebuah sekolah di ibu negara selepas tembelangnya yang sering melakukan gangguan seksual terbongkar.

Akibatnya, guru wanita itu menghadapi tekanan perasaan selepas kerap diganggu termasuk tangannya dipegang serta betisnya diraba beberapa kali sejak Februari lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Anis, 27, berkata, dia mula ‘diusik’ guru berusia awal 30-an itu sejak berpindah ke sekolah berkenaan awal tahun lalu dan tidak menyangka diperlakukan sebegitu tanpa segan silu biarpun di depan murid.

Namun, penderitaan Anis berakhir apabila guru lelaki itu ditahan pihak berkuasa Isnin lalu berikutan laporan polis dibuat seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun mendakwa dicabul guru itu.

Suspek kini disiasat atas 10 kes cabul kehormatan muridnya ketika mangsa berada di tahun 6.
Mangsa telah membuat laporan polis selepas tidak tahan melakukan perbuatan jijik guru lelaki tersebut sejak setahun lalu.

Guru yang bernama Anis pula berkata , guru disiplin miang itu ada memegang tangannya ketika berselisih jalan di sekolah tetapi lelaki itu sengera melepaskannya apabila guru itu menunjukkan rasa tak selesa.

Tetapi guru miang itu tidak berhenti setakat itu sahaja malah menggeselkan kaki ke betis guru wanita itu semasa memeriksa kertas ujian di bilik guru.
Sejak itu guru wanita itu hilang tumpuan mengajar dan mengambil cuti semata mata tidak mahu terserempak dengan guru lelaki itu.
Dia pernah mengadu kepada pentadbiran sekolah , Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan KL serta Kementerian Pendidikan  secara bertulis kerana tidak tahan perlakuan guru lelaki itu.
Apabila pihak sekolah memanggil guru lelaki itu dia memberikan alasan yang dia mempunyai penyakit tertentu , sedangkan di dalam mesej sms dia mengakui kesilapannya dan meminta tidak memanjangkan perkara tersebut.
Suspek kini ditahan reman hinggan Ahad bagi membantu siasatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold