(Gambar)Kuza Sudah Bertudung Sejak Ramadhan

Pelakon yang dikenali dengan nama Kuza atau nama sebenarnya Tengku Sariza Tengku Muzani kini tampil dengan imej baru apabila mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya sejak Ramadhan lalu.

Kata Kuza

“Alhamdulillah, saya mula berhijab sejak Ramadhan lepas. Saya pakai tudung bukan kerana sudah mendapat Hidayah atau sebagainya, tapi saya pakai kerana memenuhi tanggungjawab saya sebagai seorang Islam. Sudah lama saya memasang niat dan mencari kekuatan untuk berhijrah. Alhamdulillah, hati saya kini benar-benar terbuka dan saya sudah bersedia untuk berhijrah,”

Ada orang berhijab kerana fesyen, tapi saya berhijab kerana Allah. Niat bertudung datang dari hati saya yang ikhlas. Lagipun umur saya sudah memasuki 40 tahun, jadi saya rasa kini sudah tiba masanya untuk saya berubah ke jalan kebaikan. Sebelum berhijrah, saya cukupkan dulu solat lima waktu dan dari situ Allah menggerakkan lagi hati saya untuk berhijab. Kini, saya banyak dekatkan diri saya di masjid selain melayari internet untuk mendalami ilmu agama.”

Kuza turut menambah hatinya kini lebih tenang sejak mengenakan tudung.

“Alhamdulillah, sehingga saat ini, Allah mempermudahkan segala urusan saya. Saya berasa tenang menjalani kehidupan sekarang. Saya masih mendapat tawaran berlakon walaupun pada awalnya, saya kehilangan dua tawaran berlakon kerana membuat keputusan untuk berhijab.

Saya redha dan anggap ini sebagai dugaan dari Allah. Jika tidak hari ini, mungkin esok lusa ada lagi rezeki saya. Saya percaya rezeki itu datangnya daripada Allah dan bukannya daripada manusia,”

Kuza merancang mahu menerbitkan drama di masa akan datang.

Sumber : Gua.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold