Gambar Perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite

Tahniah diucapkan pada kedua selebriti, Adam af atau Mohd Aizam Md Saman, 30, dan juga Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim 32, yang sudah sah bergelar suami isteri.

Dengan mas kahwin bernilai RM300, mereka berdua telah selamat diijabkabulkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid serta berwakil bapa pengantin perempuan, Abdul Halim di Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) , Shah Alam pada Khamis 26 September.

Keduanya mula menjadi bahan bualan peminat apabila Adam menerusi sebuah kenyataannya mengaku bakal menikahi Fiza pada hari Selasa lepas (24 September). Ini sekaligus mengejutkan seluruh industri hiburan kerana sebelum ini mereka berdua tidak pernah digosipkan bersama.

Mereka membuat keputusan untuk bernikah hanya kira-kira dua bulan setelah berkenalan bukanlah untuk menyembunyikan sesuatu, sebaliknya Adam AF dan Fiza Elite yang selamat bergelar suami isteri, semalam, lebih selesa untuk bercinta selepas berkahwin.

Bahkan, isu kononnya perkahwinan pasangan selebriti ini mendapat tentangan keluarga lelaki hanya kerana status janda beranak dua Fiza juga tidak timbul.

 Gambar Adam AF berjubah dan berserban di hari akad nikahnya
Fiza Elite dan Adam

Cuma, ibu Adam, Noor Sarina Duil, 49, risau jika penyanyi lelaki itu tidak dapat memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada anak isterinya, Ferra Aryana Ahmed Farriq, 5, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 4.

Walaupun gusar memikirkan perkara itu, pertemuan dengan Fiza, tiga hari selepas Aidilfitri baru-baru ini membuka pintu hati Noor Sarina untuk menerima wanita terbabit sebagai menantu.

“Adam beritahu mengenai niatnya untuk melamar Fiza pada bulan puasa lalu. Biarpun agak terkejut, namun saya reda kerana itulah jodohnya.

“Saya tak kisah sangat pasal statusnya sebab jodoh Adam sudah ditentukan. Cuma, saya risau boleh ke Adam menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak Fiza? Apa yang saya harapkan, Adam kena bersabar menjalani kehidupan berumah tangga dan perlu bertanggungjawab.”

Perkenalan singkat antara Fiza dan Adam membuahkan cinta

“Sebelum ni memang saya pernah jumpa dia di acara hiburan. Tapi masa tu dia belum berhijab lagi. Ketika tu kami mula tukar BB pin. Selepas lama tak berhubung, alih-alih sebelum bulan puasa lalu saya nampak di status BB pin dia, yang dia dah berhijab.
” Saya ajak dia berjumpa dan kali pertama kami di Kota Damansara, selepas solat Tarawih. Sejak pertemuan itu, saya terus cama rindu, angau dan saya asyik terbayang-bayang wajah Fiza. Semasa kali kedua saya jumpa dia, saya nyatakan hasrat saya nak menikahi dia. Dia pun tersenyum-senyum”, Adam turut terpikat dengan kelembutan dan ketegasan isterinya itu terutama dalam hal menguruskan anak-anak.
Adam juga memberitahu pada Aidilfitri lalu dia ada membawa Fiza pulang ke Sabah dan diperkenalkan kepada keluarga, ternyata keluarganya sangat menyenangi kehadiran Fiza.
Ditanya mengenai tanggungjawabnya sebagai bapa segera kepada dua cahaya mata Fiza (hasil daripada perkahwinannya sebelum ini), Adam berkata dia tidak mempunyai masalah kerana sudah terbiasa dengan kanak-kanak. Ini kerana jarak di antara dia dan adik-diknya agak jauh, jadi selain sebagai abang ada ketika dia juga sebagai ayah.
Anak Fiza Suka Adam
“Sebelum ni saya ada juga berkawan dengan orang lain, tapi anak-anak saya tak berkenan dengan kawan lelaki saya itu. Tapi bila saya bawa mereka jumpa Adam, mereka sangat mudah mesra. Baru pertama kali jumpa mereka dah panggil Adam dengan panggilan Abi.
“Jadi bila saya tengok penerimaan anak saya terhadap Adam okay, jadi saya terus yakin untuk menerima Adam”, katanya.

Mengenai perancangan bulan madu, setakat ini mereka belum memikirkan destinasinya. Manakala untuk menimang cahaya mata sendiri Adam hanya menyerahkan kepada Allah. Tetapi dia dan isterinya tidak menolak jika mereka dikurniakan zuriat dalam masa terdekat.

Lagi gambar pernikahan Adam AF dan Fiza

 

 

Photo by Faisol Mustafa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold