(Gambar) Nabila Huda di Meletop Dengan Kaki Berbalut

Semalam siaran langsung rancangan hiburan Meletop menjemput Nabila Huda sebagai tetamu, Nabila hadir dengan kaki yang masih berbalut akibat terkena kaca semasa kemalangan di lebuhraya Karak. Kereta yang dipandu artis lelaki, Syazwan Zulkifli terbabas menyebabkan Nabila dan anaknya Keisha cedea ringan.

Nabila menceritakan detik detik cemas semasa mereka pulang ke Kuala Lumpur dari Kuantan kerana menghadiri program anjuran Astro. Kata Nabila kereta dipandu tidak terlalu laju tetapi mungkin disebabkan jalan licin kerana hujan yang tak henti henti sepanjang perjalanan mereka bertiga.

Akibat kemalangan itu tangan anaknya retak dan kini dijaga oleh bekas suaminya.

Disoal mengenai komen bekas suaminya yang begitu meradang dengan kejadian itu, Nabila memahami perasaan bekas suaminya yang terlalu risau keadaan anak mereka. Dia juga tidak ambil pusing komen negatif dari orang lain yang menyalahkan dia kerana membawa anak ke tempat kerja.

Dia juga tidak menyalahkan Syazwan Zulkifli yang memandu kenderaan hingga terbabas, kerana semua itu bukan dirancang , tidak ada sesiapa pun mahu kemalangan terjadi.

Nabila tidak punya pilihan lain dan dia pun tidak menyangka kejadian buruk itu akan berlaku.Nabila berterima kasih kepada peminat dan rakan rakan yang selalu memberikan semangat kepadanya.

 Nabila terkejut dengan luahan bapanya yang mahu dia diberikan petunjuk

“Ketika saya membaca mengenai itu, saya agak terkejut dan tersentuh dengan ulasan papa. Tapi saya menerimanya dengan hati yang terbuka sebab ia bagaikan satu pesanan dari seorang bapa buat anaknya.

“Malah, saya pasti, berkat doa papa sedikit sebanyak ia memberikan semangat buat saya untuk menjalani hari-hari mendatang,”

 

Artikel lain:  Amy Search sedih Nabila tidak beraya dengannya

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold