(Gambar) Hazama Akui Rapat Dengan Genervie Kam

Penyanyi Hazama mengakui dia sedang mengenali hati budi seorang wanita yang juga pemuzik bernama Genervie Kam. Mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain, dan sedang melalui fasa bercinta sejak 4 bulan lalu.

Hazama tidak mahu terlalu menyorokkan cerita tentang dirinya kerana dia sedar  menjadi selebriti dan segala pergerakan mendapat perhatian ramai.

Peminat pasti juga mahu mengetahui kisah peribadi artis kesayangan mereka.

Gambar Hazama dan Genervie Kam

“Benar saya sedang berkawan rapat dan mengenali hati budi Genervie sejak empat bulan lalu dan sedang ke arah percintaan namun masih diperingkat awal.

“Ia masih terlalu awal untuk diperkatakan kerana hubungan ini masih lagi baru walaupun kami sudah lama mengenali antara satu sama lain,”

“Saya seorang yang berterus terang dan tidak suka menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan peminat jika ia benar kerana saya sedar kedudukan sebagai seorang selebriti.

“Tetapi pada masa sama saya tidak mahu ia terlalu mendapat perhatian sehingga kerjaya saya tenggelam dengan kisah-kisah peribadi,”

Kata Hazama lagi, dia selesa berkawan dengan Genervie kerana wanita tu matang dan memahami kerjayanya, selalu berkongsi tentang muzik.

Genervie Kam atau nama asalnya Genervie Kam Shi Ling seorang pemain muzik, pengarah muzik, berusia 33 tahun. Dia juga kakak kepada Arthur Kam pemain drum. Genervie banyak membuat persembahan dengan dengan artis terkenal seperti Faizal Tahir,  Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini, Ning Baizura, Anuar Zain, Nikki, Mawi, Hazami, Vince, Faizal Tahir, Bunkface, Hujan dan Tomok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold