Fizo Omar Mahu Bertunang Hujung Tahun Ini

Pelakon Fizo Omar merancang untuk mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita yang baru dikenalinya pada hujung tahun ini dan bercinta selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Fizo, 28, berkata, dia yakin dengan kata hati dan nalurinya untuk melangkah ke alam rumah tangga dengan wanita tersebut.

 

“Saya akui ada merancang untuk bertunang dengan seorang wanita yang baru saya kenali beberapa bulan lalu, namun belum ada tarikh sebenar lagi.

“Biarpun masih awal dan baru berkawan tapi naluri hati saya mengatakan dia wanita terbaik dan keluarga kami merestui hubungan ini, saya rasa lebih baik bercinta selepas berkahwin,”

Tambah Fizo, buat masa ini pihak keluarganya belum memutuskan tarikh untuk majlis tersebut.

Ketika ditanya tentang wanita yang berjaya menawan hati pelakon ini, Fizo berkata, calon tunangnya itu merupakan seorang yang sopan.

“Dia seorang yang sopan dan memakai tudung, bukan daripada golongan selebriti.

“Apa yang penting dan buat saya tertarik ialah dia seorang yang sentiasa berfikir tentang bisnes dan ada perniagaan sendiri,”

Sementara itu, mengulas tentang kisah putus cinta dengan wanita bernama Haas Jaafar, Fizo berkata, sukar untuk mencari wanita yang memahami kerjayanya sebagai artis dan mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga.

sumber :Mstar Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold