Bront Palarae Akhirnya Mengaku Sudah Kahwin Pada 31 Ogos Lalu

Pelakon Bront Palarae yang berdiam diri apabila soalan dia sudah berkahwin atau tidak diajukan padanya akhirnya membuka mulut dan membuat kenyataan yang dia sudah berkahwin dengan kekasih lamanya yang sudah dikenali sejak tahun 1999. Bront berkahwin dengan wanita pilihan hatinya pada 31hb Ogos lalu secara sederhana dan majlis dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Bront juga dinasihati oleh rakannya Khir Rahman supaya berterus terang sama ada dia sudah berkahwin atau belum kerana jika dia berdiam diri akan mengundang fitnah pada dirinya sendiri.

Sebelum ini akhbar tempatan ada menyiarkan tentang berita pernikahan Bront namun aktor tinggi lampai itu tidak membuat kenyataan balas sebaliknya berteka teki tentang status dirinya. Bront tidak senang dengan berita yang tersebar dan meminta gambar perkahwinannya tidak diterbitkan oleh akhbar berkenaan.

Petikan dari Yahoo news

“Ya saya sudah bernikah pada 31 Ogos lalu dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak-saudara saya dan isteri sahaja,” kata Bront ketika dihubungi Yahoo Malaysia.

Aktor tersebut yang pernah memenangi trofi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (untuk wataknya dalam filem ‘Belukar’) selamat menikahi pasangannya dengan satu lafaz di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Majlis pernikahannya pula diraikan penuh sederhana oleh kaum keluarga dan isteri serta sanak saudara dari kedua belah pihak.

“Saya mohon maaf kerana merahsiakan pernikahan ini. Ia cukup peribadi buat saya dan isteri. Jika boleh, kami tidak mahu mana-mana pihak mensensasikan perkahwinan kami,” kata aktor tinggi lampai itu lagi.
Bront yang sebelum ini tidak pernah dikaitkan dengan gosip panas hanya selesa berbicara dengan ringkas mengenai pernikahannya demi menjaga perasaan keluarga kedua belah pihak.

Menurut aktor berdarah kacukan Melayu-Siam yang berusia 37 tahun itu, dia mula mengenali isterinya sejak tahun 1999 ketika kedua-duanya baru memulakan kerjaya masing-masing.

Mereka menjalinkan hubungan cinta empat tahun kemudian tetapi terputus di tengah jalan.

“Nampaknya, jodoh kami kuat dan kami akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri pada minggu lalu,” tambah Bront yang turut bercadang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka di kampung halamannya di selatan Thailand pada hujung tahun ini.

“Banyak pengalaman pahit manis yang telah kami lalui bersama sehinggakan pada satu fasa dalam perhubungan iaitu kira-kira lapan tahun kemudian, kami terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah dan meneruskan kehidupan masing-masing,” katanya.

Mengulas lanjut tentang laporan berita yang mendakwa Bront menafikan pernikahannya, dia berkata, “Saya tidak menafikan bulat-bulat tetapi saya juga tidak mengiyakan berita tersebut. Privasi adalah amat penting dalam hidup saya dan sebolehnya saya tidak mahu kehidupan peribadi saya dijadikan umpama sebuah program realiti TV.”

Bront bagaimana pun sempat berseloroh bahawa kehidupan peribadinya yang kini menjadi buah mulut peminat tidaklah sehebat mana dibandingkan dengan “kenaikan harga minyak RON95 dan RON97 di Malaysia.”

Namun begitu, apabila diasak dengan soalan berkaitan suri hatinya itu, Bront hanya mahu berkongsi yang isterinya merupakan seorang penerbit di sebuah agensi pengiklanan di Kuala Lumpur.

Sejak cinta mereka mula bertaut kembali beberapa tahun lalu, perancangan untuk berumahtangga tambah Bront, telah lama menjadi tajuk perbualan mereka.

“Cuma pada masa itu saya asyik sibuk dengan penggambaran filem dan isteri saya pula terlalu komited dengan kerjayanya menyebabkan rancangan kami sering tertangguh,”

“Saya amat gembira yang perkahwinan ini adalah titik permulaan untuk sebuah pengakhiran,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold