Bakal Tunang Fizo Omar Mawar Fareeda

Fizo Omar baru saja putus cinta dengan wanita bernama Haas Jaafar sejak enam bulan lepas selepas menyulam cinta selama dua bulan. Kini heboh kisah Fizo Omar akan bertunang dengan gadis bertudung tetapi Fizo masih merahsiakan siapa bakal tunangnya kerana masih lagi dalam perancangan.

Hari ini didalam laporan akhbar Kosmo, ibu kepada bakal tunang Fizo mengesahkan keluarga Fizo ada datang merisik Mawar pada bulan Ogos lalu, dan merancang mahu mengadakan majlis bertunang sekitar bulan Oktober tahun ini juga.

 

Fizo dalam kenyataannya sebelum ini menyatakan bakal tunangnya orang bisnes.Pandai Fizo pilih bakal isteri ye, sama sama menceburi bidang perniagaan.

 

Ditanya tidakkah keputusannya untuk bertunang dibuat terburu-buru memandangkan dia baru saja mengenali wanita tersebut, Fizo mempunyai jawapan tersendiri.

“Mungkin sudah sampai masanya untuk saya hidup berkeluarga. Saya juga seperti orang lain yang ingin mempunyai keluarga sendiri, isteri serta anak sebelum ingin lebih memfokuskan diri kepada karier seni dan perniagaan. Alhamdulillah, rezeki saya pun semakin murah jadi tiada apa yang nak ditunggu lagi. Ibu pun dah bagi lampu hijau dan kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami.
“Saya percaya pada naluri dan rasa dia yang terbaik untuk saya. Saya rasa lebih baik bercinta selepas berkahwin dan dengan restu ibu, saya rasa ini memang yang terbaik untuk diri saya,”

“Cukuplah semua tahu dia bukan daripada kalangan artis. Saya tertarik dengan dia mungkin sebab kami mempunyai minat yang sama dalam bidang perniagaan dan dia pun seorang yang bersopan santun.

Saya pun baru mengenali dia. Bila bawa berjumpa dengan keluarga dan mereka pun setuju, jadi saya rasa lebih baik bercinta selepas kahwin.”

Saya percaya restu daripada ibu sangat penting. Bila kita suka, ibu pun dah setuju, jadi apa nak tunggu lagi. Insyallah tunggu masa yang sesuai untuk umumkan semuanya.”

 

Biodata dan latar belakang bakal tunang Fizo, Mawar Abdul Karim

Wanita kecil molek ini juga menjadi tulang belakang Fareeda kerana dia turut menggalas jawatan Pengurus Pemasaran jenama tersebut.

Walaupun baru berusia 23 tahun, empunya nama, Mawar Abdul Karim berjaya mencuri perhatian penggemar fesyen tudung.

Mana tidaknya, wajah yang kerap menghiasi dada akhbar, majalah dan papan iklan ini memang cantik tatkala mengenakan tudung yang dipromosikannya.

Apa sahaja warna walaupun kontra dan rekaan tudung pasti sesuai dengan wajahnya.

Pun begitu, Mawar tidak pernah lupa diri. Memiliki personaliti sederhana, dia seorang yang ceria, mudah mesra dan merendah diri membuatkan dirinya mudah didekati.

Memulakan karier sebagai model Muslimah seawal usia 20 tahun, Mawar tidak pernah terlintas untuk menjadi popular.

Dirinya juga tidak pernah berasa menyesal atau bosan walaupun tidak dapat melakukan aktiviti seperti remaja lain.

Apa yang penting katanya, dia mahu lebih fokus dalam kerjaya.

“Saya bersyukur dengan rezeki saya selama ini. Sebenarnya bukan mudah untuk memiliki kejayaan seperti yang saya kecapi hari ini. Saya memulakan kerjaya sebagai duta tudung ini dengan satu cabaran.

“Dulu, orang ramai tidak menerima idea jenama ini menghasilkan tudung colour blocking. Kombinasi ini dikatakan pelik. Sebagai duta, tidak mudah bagi saya membawa imej dan idea tersebut. Alhamdulillah, popular dan rezeki itu datang dengan izin-Nya. Akhirnya, tudung ini mencipta fenomena sendiri,” akuinya.

Cetus fenomena

Bercerita tentang sistem angka giliran yang diperkenalkan Fareeda, Mawar memberitahu, sistem ini dilakukan untuk mengurangkan kesesakan pelanggan terutamanya pada waktu padat seperti hari cuti.

Katanya lagi, angka giliran membolehkan semua pelanggan memiliki koleksi yang mereka mahukan.

Berdasarkan pengalamannya yang lalu, ada pelanggan yang membeli semua tudung tanpa memberi peluang orang lain.

Ada juga kes pelanggan bergaduh kerana mahukan tudung yang sama.

“Faktor-faktor inilah yang memberi saya idea mewujudkan sistem angka giliran. Mungkin sistem ini kelihatan rumit tetapi masih ramai pelanggan yang setia beratur untuk mendapatkan tudung.

“Kami juga mengehadkan seorang pelanggan membeli tiga tudung sahaja untuk memberi peluang kepada orang lain.

“Kami tidak pernah mengada-adakan cerita kerana ini benar-benar berlaku. Alhamdulillah, pelanggan bertambah dari hari ke hari berkat usaha dan kerajinan pengedar-pengedar kami juga,” ujarnya.

Kerja amal

Berkat usaha Mawar dan strategi pemasaran yang betul, jenama itu juga telah menjadi pilihan beberapa artis dan selebriti tanah air.

Jenama ini turut terlibat dalam acara amal membantu Yayasan Aids Malaysia (YAM) menerusi Malam Amal Tahajjud Cinta yang bertempat di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 30 Januari ini.

Menarik pada malam itu, Datuk Siti Nurhaliza akan menggayakan tudung Fareeda yang direka khas untuknya. Dua tudung khas yang dipakai Siti pada malam itu akan dilelong dan hasilnya akan disalurkan kepada YAM.

Tudung tersebut sangat istimewa kerana selain rekaannya yang eksklusif, ia juga bertatahkan batu permata swarovski serta diperbuat daripada fabrik sifon.

Selain lelongan tudung tersebut, malam amal yang bertujuan mengutip dana melalui penjualan meja makan bermula lingkungan harga RM10,000 hingga RM35,000 untuk disalurkan kepada dua buah pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia untuk membangunkan program pendidikan, pencegahan, rawatan, penjagaan dan sokongan kepada pesakit HIV dan AIDS .

Masa lapang

Ketika remaja lain bersama rakan-rakan membeli-belah atau bersiar-siar, Mawar pula lebih banyak menghabiskan masa di butik Fareeda.

Dia perlu berulang alik dari butik di cawangan Shah Alam, The Mall, Penang, Bangi dan bekerja tujuh hari seminggu.

Sebagai duta, Mawar turut menjadi tutor memberi panduan memilih tudung. Namun Mawar tidak pernah menganggap tugas-tugas ini sebagai bebanan.

Jika ada kesempatan bercuti, Mawar lebih gemar balik ke kampung halamannya, Pulau Pinang.

“Ya, kehidupan saya amat sibuk tapi saya menganggap itu sebagai tanggungjawab. Keluarga saya banyak memberi sokongan dan merekalah kekuatan saya,” ujarnya yang menggemari nasi kandar.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold