Amy Search Sedih Nabila Huda Tak Datang Beraya Dengannya

Baru baru ini pelakon Nabila Huda yang juga anak kepada penyanyi rock Amy Search mengalami kemalangan dalam perjalanan dari Kuantan ke KL. Nabila dan anaknya Keisha hanya cedera ringan. Melalui petikan di lama web hiburan , Amy Search sedih mengenai berita kemalangan itu dan dalam pada itu dia juga berharap Nabila Huda berubah.

Menurut kata ibu tiri Nabila, Amy bersedih kerana Nabila tidak datang berjumpa pada Hari raya yang lepas. Sebelum kejadian kemalangan itu berlaku, Amy ada bersungut pada isterinya adakah Nabila sudah melupakannya.

“Sebagai isteri, saya tahu isi hati sebenar abang Amy yang berkata sedemikian rupa terhadap anaknya itu. Mungkin segalanya berpunca daripada sikap Nabila sendiri yang hingga kini tidak pulang beraya dan mengirimkan sebarang pesanan SMS Aidilfitri memohon maaf.

“Pagi sebelum kemalangan terjadi, abang Amy ada meluahkan kesedihan dan bertanya adakah Nabila sudah lupakan dia selepas berada di puncak kerjaya sebagai artis. Abang Amy sudah berusia 55 tahun dan bapa mana yang tidak berkecil hati jika anak tidak mengingatnya langsung pada hari raya.

Dia juga berdoa agar Allah tunjukkanlah sedikit pengajaran terhadap anaknya itu. Saya harap dengan apa yang terjadi, Nabila sedikit-sebanyak akan berubah,”

cerita, Nourish memberitahu Amy sangat terasa hati apabila anaknya itu tidak pulang berhari raya dengannya, sebaliknya dia sempat meluangkan masa beraya di rumah rakannya di Singapura.

“Itulah doa dari seorang bapa yang betul-betul mengambil berat terhadap anaknya. Sesungguhnya, tanpa doa dan restu daripada bapa dan ibu, apa yang dihajati anak tidak akan tercapai.

“Saya tidak boleh menyorok lagi perasaan saya. Saya sudah tidak tahu nak buat apa lagi. Saya hanyalah ibu tiri saja. Saya tahu, Amy dan Nabila ada sedikit krisis sebelum ini. Saya juga tahu, abang Amy pergi ke hospital pun disebabkan dia amat merisaukan cucunya itu. Saya betul-betul berharap dengan kejadian yang berlaku ini sedikit sebanyak, ia mampu merubah hati Nabila,”

sumber : Murai.com.my

Kenyataan dari mulut ibu tiri Nabila Huda, Norish  juga menjadi bualan hangat di forum hiburan tempatan, ada yang berpendapat ibu tirinya tak sepatut mengeluarkan komen mengenai hubungan keluarga Nabila dan bapanya yang mungkin mengeruhkan keadaaan.

Sepatut Norish menjadi orang tengah menyatukan semula Nabila dan bapanya , Amy , bukannya bertindak seperti lebih sudu dari kuah.

Amy komen di instagram

Turut dipetik dari twitter bekas suaminya

Bekas suami Nabila Huda juga ditempelak oleh peminat Nabila kerana meluahkan perasaan marah pada pemandu kereta yang menyebabkan anaknya kemalangan.

Nabila Huda pula dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama 3 hari kerana mengalami kecederaan di tulang belakang.

 

Nabila Huda sempat memberikan komen di twitternya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Amy Search Sedih Nabila Huda Tak Datang Beraya Dengannya”

  1. akubiomed says:

    Teringatkan pesanan Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah jangan sampai orang tua telefon bertanya hendak balik berjumpa mereka. Hati orang tua mudah sensitif.
    akubiomed recently posted..Sambutan Hari Raya bersama Papa John’s Pizza

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold