Adi Putra Disiasat Polis Kes Skandal Dengan Isteri Orang

Berita hiburan digemparkan hari ini dengan laporan mengenai pelakon popular Adi Putra yang kini disiasat polis berhubung kes skandal dengan isteri orang.

Petikan Berita Harian

Pelakon Adi Putra, 32, disiasat polis berhubung aduan seorang ahli perniagaan dari Johor yang mendakwa aktor itu berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan isterinya yang juga peminat aktor berkenaan. Pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun, biarpun baru seminggu berkenalan.

Difahamkan, hubungan antara pelakon terbabit yang sudah beristeri, dikesan suami wanita berkenaan yang terbaca mesej mereka ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu.

Menurut sumber, ahli perniagaan berusia 56 tahun itu mendapati isterinya saling menghantar gambar lucah kepada pelakon berkenaan. Berikutan itu, pengadu mengalami tekanan perasaan dan perkara itu kerap menimbulkan pergaduhan antara mereka.

ahli perniagaan yang berusia 56 tahun itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Skudai, Johor Bahru.

 

Petikan dari Mstar Online

Pihak polis telah merampas telefon bimbit milik mereka untuk dihantar ke makmal bagi dianalisa untuk tindakan selanjutnya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan menerima laporan suami wanita berkenaan tetapi enggan mendedahkan nama aktor tersebut.

 

Adi Putra turut membuat laporan polis kerana diugut oleh lelaki berkenaan

 

Adi Putra mendakwa telah menerima panggilan dari lelaki itu pada 7 Ogos yang lalu & menerima ugutan akan menghancurkan kerjayanya sebagai pelakon kerana ada skandal dengan isterinya , selain mahu memastikan Adi Putra dihalau keluar dari Malaysia, mahu meruntuhkan kerjaya dan mendesak Adi berjumpa dan bersemuka dengannya.

Petikan berita Adi Putra masuk wad bertarikh 19 Ogos

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold