PLUS Bagi Rebat 20% Sempena Hari Merdeka

Pengguna lebuh raya PLUS Malaysia Berhad ( PLUS ) berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus apabila membayar tol menggunakan sistem elektronik pada 31 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-56.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid dalam kenyataan hari ini berkata rebat tol itu diberi kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, Touch ’n Go dan SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS.

“Ia merupakan satu daripada langkah PLUS menyemarakkan sambutan kemerdekaan akan datang. Selain itu, ia adalah antara strategi PLUS menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas.

“Rebat berkenaan boleh dituntut di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 16 Sept hingga 15 Dis ini,” katanya sambil memberitahu tuntutan rebat tol selepas tempoh itu tidak akan diterima.

Beliau menggesa orang ramai supaya membayar tol secara elektronik sebagai satu langkah untuk mempercepatkan transaksi tol dan membolehkan orang ramai melalui plaza tol dengan selesa.

Rebat itu tidak akan diberi kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan jambatan Pulau Pinang, katanya.
sumber :Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold