Pelajar Mesir Pulang Ke Malaysia Hari Ini

Pelajar Malaysia dari Mesir akan bermula tiba di Kuala Lumpur hari ini. Kerajaan Malaysia memutuskan untuk membawa pulang 3,300 penuntut Malaysia di Mesir menggunakan pesawat komersil berikutan pergolakan di negara itu yang dilaporkan semakin tidak menentu.

Menurut Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab enam pelajar menaiki penerbangan Egypt Air berlepas dari Kaherah jam 11.40 malam semalam (waktu tempatan) dan dijangka mendarat di Kuala Lumpur pada 6.40 petang hari ini.

Seramai 420 penuntut Malaysia di Mesir akan dibawa pulang secara berperingkat melalui empat penerbangan komersil dalam Ops Piramid 2.

Jadual ketibaan pelajar dari Mesir

22 Ogos:

Penerbangan Egypt Air: 6 orang (dari Kaherah)
Ketibaan: 6.40 petang
Penerbangan Emirates: 8 orang (dari Alexandria)
Ketibaan: 9.45 malam

23 Ogos
Penerbangan AirAsia: 365 orang (dari Kaherah)
Ketibaan: 5.25 pagi

Penerbangan Singapore Airlines: 45 orang (dari Kaherah)
Ketibaan: 8.05 pagi

Penerbangan Egypt Air: 2 orang (dari Kaherah)
Keibaan: 6.40 petang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Pelajar Mesir Pulang Ke Malaysia Hari Ini”

  1. akubiomed says:

    Harap kerisauan ibubapa pelajar berkurangan dengan kepulangan anak-anak mereka.
    akubiomed recently posted..Membidik Silvery Lutung di Bukit Melawati

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold