Nahas Bas Terjunam di Genting: Bas Nak Elak Lori

Berita berkaitan kemalangan bas terjunam di Genting petang semalam, pihak media telah menemubual seorang penumpang yang terselamat dari tragedi ngeri itu. Beliau ialah Suriadi Budiarto, 52. Suriadi dari Jakarta, Indonesia terselamat apabila hanya mengalami retak bahu kiri selepas tercampak keluar sejauh beberapa meter dari dalam bas.

“Seingat saya pemandu bas cuba mengelak sebuah lori di hadapan menyebabkan ia terbabas lalu terhumban ke dalam gaung sebelum saya terus tidak sedarkan diri. Sebelum itu, semua penumpang menjerit hingga keadaan menjadi kelam-kabut apabila dimaklumkan brek tidak berfungsi ketika bas sedang menuruni cerun berhampiran sebuah tokong,”

“Sebaik tersedar, saya dapati sudah berada di luar bas di dalam gaung. Saya nampak beberapa penumpang lain berada di kawasan sekitar, ada yang cedera dan ada juga yang tidak sedarkan diri dan kemungkinan sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Hospital Bentong, semalam.

Menurutnya, dia yang kali pertama pergi ke pusat peranginan Genting Highlands selepas bercuti bersama rakan di negara ini tidak dapat bergerak dan hanya menunggu bantuan tiba sebelum dibawa ke hospital.

“Kami bertolak kira-kira jam 2 petang dari Hotel First World dan bas bergerak pada kelajuan biasa sehingga tiba di lokasi kejadian,”

Sementara itu 2 orang pekerja warga Indoneisa, Andri Puwardi, 25, dan Nur Fridil Gusman, 23 berhasrat untuk membelanjakan gaji pertama mereka sebagai pekerja pembersihan di Genting Highlands tidak kesampaian apabila mereka terlibat dalam nahas bas di KM3.5 bJalan Genting Highlands semalam.

Sepupu Andri  yang dikenali sebagai Irsad, 23, berkata Andri mahu ke ibu negara untuk mendapatkan rawatan pergigian manakala Nur Fridil pula mahu membeli kasut baru.

 

Berita Harian Online melaporkan rata rata pengunjung facebook mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati atas apa yang berlaku.

Ada juga yang memberikan komen bahawa bas bas ulang alik ke Genting sering dipandu laju melebihi had laju walaupun menuruni puncak bukit.

rata-rata berpendapat, kebanyakan pemandu bas yang berulang-alik ke pusat peranginan berkenaan memandu melebihi had laju dan tidak mengendahkan had yang ditetapkan iaitu 50 kilometer sejam.

Pengunjung, Mohd Adha, berkata pemandu bas kerap memandu dengan kelajuan tinggi tanpa menghiraukan keadaan curam dan laluan berliku di sepanjang jalan naik dan menuruni Genting Highlands.

“Bas ke Genting Highlands memang suka bawak laju, amaran macam mana pun mesti ada kes lagi. Sudahlah jalan kiri dan kanan bergaung,” katanya.

Selain itu, Isma Ismyl mencadangkan supaya bas bersaiz lebih kecil digunakan untuk membawa pengunjung ke pusat peranginan itu.

“Sudah banyak kali berita kemalangan bas di Genting Highlands dilaporkan pada setiap tahun. Tidak bolehkah bas yang lebih kecil digunakan untuk membawa penumpang ke atas? Kadangkala bas bersaiz besar memang mudah hilang kawalan.
“Saya sendiri pernah naik ke sana menggunakan perkhidmatan bas Genting Highlands dan secara umumnya pemandu memang gemar memandu secara berbahaya dan laju,”

Berita Harian online

 

Cabaran Pemandu Bas Genting

Pihak Astro Awani pula melaporkan pemandu bas ulang alik ke Genting memang menghadapi cabaran yang besar dalam menjalankan tugas sebagai pemandu di kawasan jalan bercerun itu. Pemandu yang berkebolehan pun perlu menjalani latihan selama seminggu untuk membiasakan diri dengan keadaan jalan di sana.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Nahas Bas Terjunam di Genting: Bas Nak Elak Lori”

  1. akubiomed says:

    Saya ingin mengetahui laporan rasmi mengenai kemalangan.
    akubiomed recently posted..Rilek Brader Rilek Brader bersama Snickers

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold