KL Gangster 2 Bocor Sebelum Tayang Buat Syamsul Yusof Kecewa

Tak sempat pun lagi filem yang ditunggu tunggu KL Gangster2 ditayangkan, sudah bocor di internet. Pengarah filem ini , Syamsul Yusof melahirkan rasa kecewa dan marah apabila hasil kerjanya sendiri kini diceroboh dan disebarkan sewenang-wenang. Bapanya, Datuk Yusof Haslam juga memberitahu media, yang anaknya sangat kecewa dengan perkara tersebut.

 

Ada pihak membuat spekulasi yang isu filem ini bocor adalah salah satu startegi pemasaran dan ada pihak yang mengatakan memang Syamsul Yusof menjadi mangsa sabotaj.

Siapakah pihak atau dalang yang menyebarkan filem KL Gangster2

Yusof mengesyaki ada pihak tidak senang dengan karya terbaru anaknya itu hingga sanggup memuat naik filem itu secara haram.

Filem ini menjadi mangsa sabotaj pihak tertentu yang tidak senang dengan sambutan awal yang diterima. Sejak trailer filem ini disiarkan di laman YouTube, kami mendapat maklum balas yang cukup baik dari pelbagai pihak termasuk pawagam.

Malah, pihak pawagam tidak sabar untuk menayangkan filem ini, katanya.

Yusof berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis malam kelmarin dan Skop Production akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan dalang terbabit.

Bocor semasa pra tayangan di sebuah pawagam

KL Gangster 2 versi yang dimuat naik adalah produk peringkat awal dengan kesan audio dan Imej Janaan Komputer (CGI) tidak sempurna.

Datuk Yusof  juga syak semasa KL Gangster2  bocor semasa ditayangkan di pawagam untuk pra tonton . Beliau mendapati versi yang tersebar ialah seperti yang ditayangkan di pawagam itu, hanya pihak tertentu sahaja yang mempunyai salinan asal. Oleh kerana pada masa kini salinan digital amat mudah dipindahkan dan disalin, maka semua boleh didapati  di hujung jari.

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “KL Gangster 2 Bocor Sebelum Tayang Buat Syamsul Yusof Kecewa”

  1. akubiomed says:

    Sudah tentu kecewa tidak kesudahan kerana usaha gigih ditangguk oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
    akubiomed recently posted..Kongsi sikap positif dengan #UrMalaysianIsShowing #GoBeyond Astro

  2. bad says:

    tengok dah kat kedai makan smlm.

    Aaron aziz watak dia tenggelam sikit..tak mcm yang 1st punya.
    tp aksi lawan memang ok la.

    skrip semua cakap buat aku pening.cakap pelat cina semua…aiyoo

    Adi putra dengan rokok di mulut..biasa la tu trade mark

    Rosyam nor walaupun lama tak berlakon..ok jugak la..dia ni jenis samseng suka menjilat, pompuan ke laki ke semua dia jilat muka, sebab tu lidah dia mcm duk terkeluar tu dlm gambar

    pertengahan cerita banyak cakap je..lawan kurang..last last tu baru aksi lawan banyak

    kurang kejutan..cam KLgangster1 banyak kejutan, kl g 2 ni macam mendatar.

    film ni x sesuai ditonton oleh budak budak… :) skrip dan aksi tak sesuai.okey!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold