Gambar Kemalangan Bas Terjunam dalam Gaung di Genting

Kemalangan bas terjunam dalam gaung berlaku jam 3 petang tadi ketika bas  itu sedang menuruni bukit menghala ke Kuala Lumpur dari pusat peranginan Genting Highlands . Bas terjunam kira kira 200 kaki atau 60 meter ke bawah gaung. Bas membawa pelancong tempatan dan juga luar negara. Lebih daripada 200 anggota bomba, polis dan pegawai-pegawai perubatan dikejarkan ke tempat kejadian.

Punca kemalangan masih belum diketahui, dan pemandu bas antara yang terbunuh dalam nahas itu.

Petikan dari Berita Harian

Pasukan penyelamat kini dilaporkan sedang mengeluarkan 33 lagi penumpang nahas bas yang terhumban di Genting Higlands, yang dipercayai sudah mati.

Pasukan bomba dan penyelamat dikatakan akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam lagi untuk mengeluarkan mangsa terbabit.
Setakat jam 6 petang ini, 16 penumpang yang cedera sudah dikeluarkan dan mereka kini dikejarkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

 

Kemaskini terkini dari laporan Berita Harian – 37 maut , 16 cedera.

Sehingga jam 8.30 malam ini, seramai 37 orang disahkan maut manakala 16 lagi mengalami kecederaan dalam nahas bas terhumban gaung di KM3.6 Jalan Genting-Karak, petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, daripada jumlah itu, 24 mangsa adalah lelaki manakala 13 lagi adalah wanita.
Pemandu bas dan tiga warga asing masing-masing dari Thailand, Bangladesh dan China juga terkorban.

Sementara itu, 11 lelaki dan lima wanita mengalami kecederaan dalam nahas terbabit.

 

Artikel berkaitan:

Mangsa sempat telefon bapa : “Ayah, saya dalam gaung”

Saksi nahas bas terjunam: Fizikal Bas sangat uzur

Nahas bas terhumban di Genting Highlands terburuk dalam tempoh  17 tahun

Saksi nahas: Bas nak elak lori

Gambar sekitar kejadian kemalangan bas terjunam

Tali dan kren digunakan untuk menyelamatkan mangsa

 

Gambar menunjukkan pihak anggota Bomba dan Penyelamat sedang berusaha  mengeluarkan mangsa kemalangan di Genting-Kuala Lumpur terhumban ke dalam gaung di KM3.5 menghala Kuala Lumpur pada kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Gambar trafik sesak akibat nahas di Genting

Video Berita kemalangan

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah  tiba melawat lokasi kejadian

 

Statistik mangsa kemalangan

Laporan dari pihak Jabatan Bomba

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata 32 mangsa yang terkorban itu masih berada di bawah gaung sejauh 200 kaki.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata setakat ini 32 mangsa masih berada di bawah gaung sedalam 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia.

Bomba menjangka terdapat 49 mangsa di dalam bas tersebut.

Sehingga kini 16 mangsa sudah diselamatkan dan seorang yang terbunuh sudah dibawa ke hospital.

Menurut Azizan kemalangan berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuat bas awam Genting Highlands.

Menurut facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat pula, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.48 petang.

Katanya, anggota balai bomba tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.

Manakala ADUN Ketari, Lee Chin Chen ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau dimaklumkan terdapat 49 penumpang dalam bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.

Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung.

Akhbar The Star pula melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku kira-kira 2km dari Kuil Chin Swee dan lalulintas di kawasan itu sesak dan tidak bergerak.

sumber: Malaysiakini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Gambar Kemalangan Bas Terjunam dalam Gaung di Genting”

  1. akubiomed says:

    Takziah kepada mangsa terlibat.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold