Datuk Yusof Haslam Tidak Akan Lepaskan Pihak Yang Bocorkan KL Gangster2

Berhubung filem terbitannya, KL Gangster 2 yang kini bocor di internet, Datuk Yusof Haslam akan mengambil tindakan undang-undang. Beliau tidak akan membiarkan mereka yang membocorkan filem ini terlepas begitu saja.

Kos filem KL Gangster2  yang menelan belanja RM4.5 juta itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan sepenuhnya. Sudah pasti Syamsul dan beliau sendiri kecewa dan terkejut apabila mendapat tahu mengenai hal ini.
“Ia bukan perkara main-main kerana hal ini sangat serius. Apatah lagi ia kali pertama berlaku dalam sejarah perfileman.

“Saya akan pastikan mereka akan dibawa ke muka pengadilan”.

“Hanya orang tertentu sahaja menyimpan CD asal filem ini. Saya syak bahawa ia bermula ketika kami melakukan pra-tayangan di sebuah pawagam dan ketika itu saya turut hadir dalam majlis itu,”

 

Video yang tersebar itu serupa seperti yang ditayangkan waktu itu dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang sama terlibat.

Menurutnya, filem yang berbentuk digital format itu senang untuk disalin dan dimuat naik terus ke internet untuk tontonan secara percuma.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Datuk Yusof Haslam Tidak Akan Lepaskan Pihak Yang Bocorkan KL Gangster2”

  1. abg long says:

    haha aloo tailong…lu sembang pokok pun buleh tumbang maaaaa

    pelik aku..samseng semua ckp mcm cina maaa

    apa tak cakap mcm india ka bangla ka hahahah!!!

    • ajak says:

      macam dah tengok je bro…tapi wa cakap lu..kl versi 2 ni memang banyak sembang la..action mcm kureng sikit..aku lagi suka kl gangster1.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold