Aisyah Wan Exzam Ditemui Selamat

Anak kepada seorang guru matematik, Wan Aisyah Wan Exzam yang dilaporkan hilang, sudah pun ditemui dalam keadaan selamat.

Polis Pulau Pinang menjumpai seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang di sebuah pasar raya di Rawang baru-baru ini.

Seorang wanita yang menghantar Aisyah ke balai polis Sungai Nibong kira-kira pukul 11.30 pagi tadi berkata, anak lelakinya membawa kanak-kanak tersebut ke rumahnya di Teluk Kumbar pada pukul 5 pagi tadi.

Wanita tersebut berkata anak lelakinya, 44, memberitahunya supaya menghantar kanak-kanak tersebut ke balai polis berhampiran.

 

Sumber : Sinar Harian

LaporanĀ  akhbar Kosmo

Ibu kepada suspek yang diburu polis itu datang menyerahkan kanak-kanak tersebut.

Katanya, hasil temu bual dengan warga emas itu dia mengatakan bahawa anaknya menghilangkan diri sebaik menyerahkan Aisyah kepadanya.

“Wanita itu memberitahu kira-kira pukul 5 pagi anak lelakinya itu datang ke rumah mereka di Teluk Kumbar dengan kanak-kanak itu.

” Dia menyuruh ibunya menyerahkan Aisyah kepada pihak polis dan terus menghilangkan diri,”katanya.

Jelasnya lagi, pihak polis kini memburu suspek yang bernama Shahrizal Yusof, 43 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan.

Katanya, kes ini akan di siasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

“Kita telah menelefon ibunya seorang guru di Rawang untuk datang dan mengambil anak semula,”

 

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah memberitahu pemberita, ibu Aisyah, Arbaiyah Md Zin melaporkan anaknya diculik di sebuah pusat membeli-belah di Rawang.

Guru matematik itu didakwa bertemu dengan penculik terbabit menerusi laman sosial Facebook pada Mei lalu dan menjalin hubungan dengan suspek serta merancang untuk berkahwin.

Walaupun hanya mengenali lelaki berkenaan selama beberapa minggu, Arbaiyah, berusia lewat 30-an, meninggalkan anak perempuannya itu di bawah jagaan suspek pada 30 Julai.

Suspek memberitahu Arbaiyah bahawa dia ingin memperkenalkan Aisyah kepada kakaknya.

Ibu kanak-kanak itu turut memberikan suspek sijil kelahiran Aisyah kerana mereka berdua merancang untuk pergi berbulan madu bersama kanak-kanak itu selepas mereka berkahwin.

“Pada 2 Ogos, Arbaiyah turut memberi wang tunai RM25,000 kepada lelaki berkenaan untuk pelaburan perniagaan emas di sebuah pusat membeli-belah di Rawang.

“Keesokan harinya, Arbaiyah menunggu suspek untuk membawa Aisyah pulang ke rumah. Suspek berjanji untuk membawanya keluar dan membeli barang keperluan perkahwinan mereka. Namun suspek tidak muncul dan panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab,” kata Rahim.

Beliau berkata ibu mangsa turut pergi ke rumah suspek di Taman Tun Dr Ismail dalam usaha mencari anak perempuannya itu tetapi alamat rumah berkenaan milik orang lain.

Kes itu diklasifikasikan polis sebagai penculikan kanak-kanak.

Rahim berkata siasatan masih dijalankan dan menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu sehingga maklumat lanjut diketahui.

Sementara itu, #findaisyah tersebar pantas di laman Twitter dengan pengguna Internet seluruh negara menggunakan medium berkenaan untuk mencari kanak-kanak itu selepas berita penculikannya disebarkan dalam laman media sosial awal pagi tadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold