Aidil Zafuan Ceraikan Rita Rudaini Melalui SMS

Rita Rudaini 37 akhirnya bercerai dengan Aidil Zafuan 26 dengan talak satu. Rita sendiri telah mengesahkan bahawa Aidil telah menceraikannya petang semalam (Ahad) melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Melalui Berita Harian hari ini, antara punca utama Aidil menceraikan Rita adalah kerana kenyataan Rita yang disiarkan semalam dalam sebuah artikel bertajuk ‘Rita bengang skandal terbaru Aidil’ di ruangan B*POP.

Kenyataan dan luahan Rita

“Saya perlu terima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka. Kini segala galanya sudah jelas, Aidil akhirnya menceraikan saya. Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah,”

Aidil dan Rita pernah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Aidil Zafuan Ceraikan Rita Rudaini Melalui SMS”

  1. abe kie says:

    sabar je lah rita…selamat menempuh alam solo..
    abe kie recently posted..PERSEDIAAN BALIK KAMPUNG

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold