Sorok Cinta Zizan Razak dan Emma Maembong Guna Kod Rahsia MRR CFR

Semalam rancangan Meletop menyiarkan gosip percintaan  antara pelawak Zizan Razak dan Emma Maembong , dan juga ada sebuah video Keek Zizan dan Emma Maembong yang memperlihatkan mereka sedang bersantai bersama. Gosip percintaan mereka rancak diperkatakan sejak Zizan Razak meraikan hari jadinya dan mendapat hadiah iPhone dari si wanita misteri.

Ramai yang mendakwa wanita misteri yang sangat rapat dengan Zizan ialah  Emma Maembong. Walaupun Zizan dan Emma masih menafikan yang mereka sedang bercinta..tetapi status di Whatsapp mereka masing masing menguatkan gosip percintaan mereka. Kod MRR dan simbol hati digunakan oleh Emma Maembong , manakala Zizan dengan simbol CFR.

MRR dikatakan bermaksud Mohd Razizak Razak, dan CFR ialah City Fatimah Rohani.

Zizan pernah bawa Emma pulang ke kampung

Ibu kepada pelawak dan pengacara terkenal itu juga mendedahkan bahawa hubungan rapat antara anaknya dan Emma Maembong memang sudah terjalin sejak 2 tahun lalu dan akui sebelum ini pelakon wanita tersebut juga pernah datang ke rumahnya.

“Saya tak tahu sejauh mana seriusnya hubungan Zizan dan Emma, yang saya tahu hubungan mereka terjalin sejak 2 tahun lalu lagi. Seingat saya ketika itu, Emma ada datang ke rumah terbuka kami dan saya hanya anggap dia datang sebagai kawan Zizan. Setakat ini, Zizan tidak pernah pun bercerita secara serius mengenai Emma kepada saya dan saya hanya baca cerita mengenainya di akhbar.”

Video Keek Zizan dan Emma

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Sorok Cinta Zizan Razak dan Emma Maembong Guna Kod Rahsia MRR CFR”

  1. Wan says:

    Sama cantik sama padan kan.. suka tengok dorang ni..
    Wan recently posted..Bonus Raya Aidilfitri Kakitangan Awam

  2. fifay efiey says:

    jodoh tu ditangan Allah, kita merancang, tapi Allah yg menentukan.
    Insyaallah kalau ada jodoh takkan kemana.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold