Seniwati Umi Kalthum Meninggal Dalam Tidur

Seniwati Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia ketika sedang tidur di rumah salah seorang anaknya di Taman Melawati dekat sini pagi Rabu.
Anak Allahyarham, pelakon Noorkumalasari berkata, ketika kakak sulungnya hendak mengejutkan Allahyarham untuk bersahur kira-kira pukul 4 pagi, Umi Kalthum sudah tidak bergerak.
“Ketika kakak saya bersiap untuk bersahur, kakak pergi kejutkan ibu di dalam bilik dan mendapati dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Noorkumalasari berkata, Allahyarham tidak menghidap apa-apa penyakit kritikal dan beliau masih cergas walaupun sudah mencecah usia 81 tahun.
Malah ketika bertemu dengannya kira-kira dua hari lalu, Allahyarham tidak menunjukkan perubahan sebaliknya aktif berbual seperti biasa.
“Semasa saya berjumpa dengannya, saya bawakan dia sambal bilis dan kami sempat berborak sambil gelak katawa.
“Tiada apa-apa perubahan terhadap dia sehinggalah dia meninggal dunia pada hari ini (Rabu),” katanya.
Menurut Noorkumalasari, Allahyarham juga tidak meninggalkan apa-apa pesan tetapi selepas kematian suami iaitu pelakon S Roomai Noor kira-kira 17 tahun lalu di Mekah, Allahyarham kerap berkunjung ke Tanah Suci itu seolah-olah mahu melepaskan rindu kepada suami.
Semasa hayatnya Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin telah berlakon lebih 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.
Wataknya jahatnya sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah yang digandingkan dengan Latifah Omar benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton.
Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia.
Hasil perkahwinan Allahyarham dengan S Roomai Noor, beliau meninggalkan lapan orang anak, 22 orang cucu dan seorang cicit.
Seorang lagi anak Allahyarham ialah penyanyi Anita Sarawak hasil perkahwinan pertama S Roomai Noor dengan seniwati Siput Sarawak.
Jenazah dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang dekat sini sebelum solat Zuhur pada Rabu.
 sumber : Mstar online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold